Monday, March 25, 2013

TELUR AYAM REBUS KURANG SESUAI UNTUK MAKANAN BENIH KELI

RAMAI PENTERNAK yang menggunakan telur ayam rebus untuk makanan benih keli. Namun ianya kurang sesuai memandangkan sisa telur akan cepat busuk dan akan menganggu air. Malahan kandungan proteinnya kurang sesuai untuk pertumbuhan benih ikan yang berumur 2 minggu ke bawah, ini kerana anak ikan berumur 2 minggu ke bawah amat memerlukan protein  yang tinggi iaitu pada kadar 40% ke atas.  



Penggunaan telur rebus sebagai makan rega keli menyebabkan peratus kematian anak ikan keli akan bertambah kerana disebabkan air kolam benih semakin membusuk kerana   disebabkan oleh sisa telur rebus yang tidak habis dimakan ataupun sisa kuning telur yang terlarut di dalam air kolam benih. Peratus kematian akan tinggi dan merugikan para penternak.
Malahan makanan yang kurang berkhasiat akan menyebabkan ikan menjadi lemah daya tahan penyakit. 

APA MAKANAN ANAK KELI YANG PALING SESUAI?

Selain dari moina, artemia adalah makanan paling sesuai untuk benih keli bermur bawah 2 minggu. Ia dapat menampung keperluan zat untuk pembesaran anak ikan keli. Anak ikan dapat membesar dengan baik dan mampu melawan penyakit. 



Artemia dapat disediakan dengan mendapatkan telur (cyst) artemia dari pembekal artemia. Artemia sangat sesuai untuk makanan benih ikan keli atau apa saja benih ikan yang kecil ini kerana saiznya yang sangat kecil sesuai dimakan oleh benih ikan. ukuran yang sangat kecil iaitu 1 gram = 250,000 cyst. Artemia dapat ditetaskan menggunakan air yang sedikit bergaram salinity 15-35 ppt, dengan bantuan udara, cyst artemia dapat ditetaskan pada kadar penetasan sebanyak 95%. Setelah artemia menetas, perlu diasingkan untuk diberi makan pada benih ikan keli.

Kualiti makanan untuk benih keli adalah faktor yang boleh meningkatkan hasil keli anda. 



TELUR AYAM REBUS KURANG SESUAI UNTUK MAKANAN BENIH KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...