Thursday, July 4, 2013

PANDUAN REKABENTUK KOLAM IKAN KELI

APABILA kita sebut pasal kolam, sudah tentu terbayang suatu media takungan yang diisi dengan air. Ada banyak rekabentuk kolam, dan semestinya yang akan saya bagitahu anda bukanlah kolam mandi tapi adalah kolam tempat menternak ikan keli lah.

 Smile

Selain berupa takungan yang berisi air samada diperbuat dengan mengorek tanah, binaan konkrit ataupun kanvas, ada satu tips yang mungkin sangat berguna untuk anda sebagai penternak yang dapat saya kongsikan di blog ini.

Kolam yang terbaik ialah kolam yang dibina mempunyai kawasan cetek dan ada kawasan dalam seperti gambarajah di bawah:

kolamkeli

Kenapa perlu ada kawasan cetek dan kawasan dalam?

Sudah semestinya ia berkait dengan suhu air. Ini kerana, apabila media ini terdedah dengan persekitaran, suhu akan sentiasa berubah-ubah. Seperti yang saya bagitahu pada post yang lalu bahawa ikan keli sangat sensitif dengan suhu. Suhu yang sejuk akan menyebabkan ikan keli menjadi malas dan kurang agresif. Kesan daripada suhu yang sejuk akan menyebabkan ikan keli menjadi kurus dan mudah diserang penyakit. Suhu yang terlalu panas juga sangat merbahaya untuk keli. Kesannya akan menyebabkan kerosakkan kulit ikan keli dan ikan keli terdedah dengan jangkitan.

Kolam yang dibina dengan kawasan cetek dan dalam akan membuat suhu air stabil. Ikan juga dapat menyesuaikan persekitaran dengan memanfaatkan di kedua-dua kawasan. Apabila air terlalu sejuk, ikan akan bergerak ke arah cetek. Apabila air terlalu panas, ikan akan bergerak ke arah dalam. Di samping itu, kawasan cetek dapat menyumbang pertumbuhan fitoplankton dan zooplankton yang stabil. Ini dapat memberikan keseimbangan kesuburan kolam.

Kebaikan tambahan, ikan mudah di kumpulkan ke arah kawasan dalam apabila air dikeringkan dan memudahkan penternak untuk menyauk ikan-ikan tersebut.

Diharap, panduan ini dapat memberikan manfaat kepada penternak ikan keli semua. Selamat mencuba dan selamat majujaya.

PANDUAN REKABENTUK KOLAM IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...