SYUKUR alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2014, semoga tahun 2014 ini memberi nafas baru dan semangat baru kepada rakan ternak ikan keli khusus di Sabah dan di Malaysia amnya.
Tahun ini diharap segala perancangan projek ladang ikan keli akan berjalan dengan lancar. Kami di Keli Sabah akan mengorak selangkah lagi dengan menambah beberapa kolam ikan keli di tapak baru. Disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan tidak pernah mencukupi. Ternyata pasaran ikan keli di Negeri Sabah sudah tidak asing lagi kerana banyak restoran-restoran menghidangkan menu istimewa ikan keli.
Sudah tentu permintaan pasaran ini merupakan satu PELUANG keemasan bagi penternak dan pembekal ikan keli. Pasaran ini dapat menyumbang pendapatan rakan ternak dengan lebih baik. Tinjauan yang kami buat pada tahun 2013, beberapa restoran meminta bekalan ikan keli yang banyak dan berterusan. Menu hidangan istimewa nasi penyet ikan keli sangat laris.
BERIKUT ADALAH DATA KASAR PERMINTAAN BEKALAN IKAN KELI SECARA PURATA:
RESTORAN : 300 KG PER MINGGU / RESTORAN
GERAI : 100 KG PER MINGGU / GERAI
PENJAJA : 100 KG PER MINGGU / PENJAJA
Tidak termasuk permintaan orang per seorangan, majlis kenduri-kendara, parti dan lain-lain. Selain ikan keli segar, permintaan ikan keli pekasam, salai dan kering, sejuk beku dan lain juga meningkat.
Sudah tentu permintaan ini menaikkan semangat kepada penternak untuk melipat gandakan usaha agar pengeluaran hasil ikan keli dapat ditingkatkan.
Ikan keli jenis hibrid (clarias gariepinus) sangat mudah diternak kerana ia adalah sejenis ikan yang sangat cepat membesar dan tahan pada persekitaran. Sifatnya yang kanivora, menjadikan ia ikan yang kurang cerewet dalam soal pemakanan. Sisa dapur seperti sayur-sayuran pun boleh dijadkan sebagai makanan tambahan bagi ikan ini. Selain penggunaan pelet ikan, buangan dari ikan yang tidak dipakai seperti kepala ikan bilis, ikan buangan pun boleh menjadi santapan ikan keli.
Diharap, tahun 2014 ini akan bertambahlah pengeluaran ikan keli kerana peluang permintaan yang sangat tinggi dapat menjadikan industri ikan keli berkembang baik.
0 comments:
Post a Comment