Monday, January 13, 2014

ANAK BENIH IKAN KELI: SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIR

SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIR KOLAM ASUHAN adalah faktor yang perlu diambil perhatian dalam mengasuh anak benih ikan keli.




KENAPA?

Kerana ia berkaitan secara langsung dengan pengaruh oksigen yang sangat diperlukan dalam kitaran ekosistem untuk hidupan. Suhu sejuk secara langsung mengurangkan pembebasan oksigen. Ini menyebabkan ikan akan menjadi lemah, malas dan tiada selera makan. Apabila masalah kurang oksigen ini berterusan, organ dalaman ikan terganggu menyebabkan ia akan mati secara mengejut. Selain itu juga, pertumbuhan plankton akan terbantut dan air mula digantikan dengan patogen dan air kolam akan berbau serta bertoksid.

Untuk saiz kolam asuhan benih ikan keli, saiz kolam kecil berukuran 4 kaki X 6 kaki X 1 - 2 kaki tinggi dinding dengan keadaan air aras dalam 5 inci dan aras air cetek 3 inci dapat memuatkan anak benih sebanyak 500 ekor bersaiz 1 1/2 inci hingga 2 inci. Tanah amat diperlukan sebagai alas jika sumber air datang dari air paip yang dirawat, air hujan atau dari air bukit. Tanah bertujuan menambah kandungan organik. Dengan adanya kandungan organik, plankton dapat tumbuh dengan baik dan air kolam akan subur. Matahari juga amat diperlukan, oleh itu, jangan tutup atau teduhkan 100% pada teduhan kerana ia akan membantutkan pertumbuhan plankton. Ukur aras PH pada sekitar 7 - 8.

SUHU

Anak benih ikan keli jenis hibrid clarias gariepinus (spesis keli afrika + keli bunga taiwan), sangat menyukai suhu air dalam sekitar 25 - 31 darjah celcius, Suhu yang sejuk bawah 20 darjah celcius akan membantutkan pembesaran ikan dan membantutkan pertumbuhan plankton. Pada suhu sejuk, air mudah berbau, ikan mudah mati dan mudah diserang penyakit. Anak ikan kurus dan lemah. Oleh itu, sumber tenaga matahari sangat penting dalam penternakan ikan keli.

KUANTITI DALAM SATU KOLAM

Kuantiti dalam satu kolam asuhan bergantung kepada saiz kolam, jika saiz kolam agak melebar, kuantiti boleh ditambah, tapi harus diingat, setiap seminggu anak benih perlu digred kerana pertumbuhan ikan keli afrika sangat cepat. Percampuran berbagai saiz dalam satu kolam boleh mengakibatkan 'kanibalisme' di mana ikan besar akan memangsa ikan yang kecil

Jika air kolam sudah mulai subur, anak benih ikan keli akan cepat membesar kerana disebabkan limpahan planktoon yang subur menjadi makanan kepada anak ikan. selain penggunaan pelet ikan yang dihancurkan

Apabila saiz benih mencapai 3 inci ia perlu di asingkan ke kolam pembesaran sehingga saiz matang 200 gram untuk pasaran.






ANAK BENIH IKAN KELI: SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIRSocialTwist Tell-a-Friend

6 comments:

azam_aquafarm86 said...

Salam tuan, awal bulan Februarri 2014 ada stok benih keli? Saya nak beli dalam 500 ekor dulu. X brani ambil banyak, sbb ini pengalaman firstime ternak keli. Berapa harga seekor keli tuan?

Dj ligong said...

Syukur tuan..hasil tunjuk ajar tn d lokasi tn hari itu menampakan hasil yg positif..insyAllah klu tiada halangan semua benih membesar dgn baik..

Unknown said...

Assalaam Tuan, terima kasih atas hantaran nota tutorialnya. Bolehkah kami jemput Tuan untuk bagi kami bimbingan? Terima kasih sekali lagi. Wassalaam.

Unknown said...

Assalaam Tuan, terima kasih atas hantaran nota tutorialnya. Bolehkah kami jemput Tuan untuk bagi kami bimbingan? Terima kasih sekali lagi. Wassalaam.

Unknown said...

Assalaam Tuan, terima kasih atas hantaran nota tutorialnya. Bolehkah kami jemput Tuan untuk bagi kami bimbingan? Terima kasih sekali lagi. Wassalaam.

Unknown said...

Aslmualaikm tuan..ayah saya baru je bela ikan keli...baru sehari bela dah banyak yg mati..knp ye? Ayh sye bela dlm tangki air

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...