Monday, January 13, 2014

ANAK BENIH IKAN KELI: SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIR

SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIR KOLAM ASUHAN adalah faktor yang perlu diambil perhatian dalam mengasuh anak benih ikan keli.




KENAPA?

Kerana ia berkaitan secara langsung dengan pengaruh oksigen yang sangat diperlukan dalam kitaran ekosistem untuk hidupan. Suhu sejuk secara langsung mengurangkan pembebasan oksigen. Ini menyebabkan ikan akan menjadi lemah, malas dan tiada selera makan. Apabila masalah kurang oksigen ini berterusan, organ dalaman ikan terganggu menyebabkan ia akan mati secara mengejut. Selain itu juga, pertumbuhan plankton akan terbantut dan air mula digantikan dengan patogen dan air kolam akan berbau serta bertoksid.

Untuk saiz kolam asuhan benih ikan keli, saiz kolam kecil berukuran 4 kaki X 6 kaki X 1 - 2 kaki tinggi dinding dengan keadaan air aras dalam 5 inci dan aras air cetek 3 inci dapat memuatkan anak benih sebanyak 500 ekor bersaiz 1 1/2 inci hingga 2 inci. Tanah amat diperlukan sebagai alas jika sumber air datang dari air paip yang dirawat, air hujan atau dari air bukit. Tanah bertujuan menambah kandungan organik. Dengan adanya kandungan organik, plankton dapat tumbuh dengan baik dan air kolam akan subur. Matahari juga amat diperlukan, oleh itu, jangan tutup atau teduhkan 100% pada teduhan kerana ia akan membantutkan pertumbuhan plankton. Ukur aras PH pada sekitar 7 - 8.

SUHU

Anak benih ikan keli jenis hibrid clarias gariepinus (spesis keli afrika + keli bunga taiwan), sangat menyukai suhu air dalam sekitar 25 - 31 darjah celcius, Suhu yang sejuk bawah 20 darjah celcius akan membantutkan pembesaran ikan dan membantutkan pertumbuhan plankton. Pada suhu sejuk, air mudah berbau, ikan mudah mati dan mudah diserang penyakit. Anak ikan kurus dan lemah. Oleh itu, sumber tenaga matahari sangat penting dalam penternakan ikan keli.

KUANTITI DALAM SATU KOLAM

Kuantiti dalam satu kolam asuhan bergantung kepada saiz kolam, jika saiz kolam agak melebar, kuantiti boleh ditambah, tapi harus diingat, setiap seminggu anak benih perlu digred kerana pertumbuhan ikan keli afrika sangat cepat. Percampuran berbagai saiz dalam satu kolam boleh mengakibatkan 'kanibalisme' di mana ikan besar akan memangsa ikan yang kecil

Jika air kolam sudah mulai subur, anak benih ikan keli akan cepat membesar kerana disebabkan limpahan planktoon yang subur menjadi makanan kepada anak ikan. selain penggunaan pelet ikan yang dihancurkan

Apabila saiz benih mencapai 3 inci ia perlu di asingkan ke kolam pembesaran sehingga saiz matang 200 gram untuk pasaran.








Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANAK BENIH IKAN KELI: SUHU, KUANTITI DAN KEDALAMAN AIRSocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, January 11, 2014

IKAN BUANGAN SUMBER DIET PEMBESARAN TERBAIK IKAN KELI

PROTEIN sangat penting dalam menentukan tumbesaran ikan keli. Kandungan protein dalam diet ikan keli amat perlu dititikberatkan demi keseimbangan pembesaran bermula dari anak benih lagi. 

Sekitar 50% kalori yang yang diperlukan oleh ikan berasal dari protein. Ikan memerlukan kandungan protein dalam makanan mereka tidak kurang dari 15%. Kandungan protein dari 30% hingga 40% adalah yang terbaik dalam perkemabangan ikan terutama ikan keli.

Alternatif terbaik dalam menambah kandungan protein secara tambahan adalah dari sumber ikan segar yang bernilai murah. Ikan keli diberi makan dengan ikan segar buangan ini sekurang-kurang sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keperluan sumber bahan. Ini adalah teknik terbaik untuk mempercepatkan pembesaran ikan secara sihat. Dengan cara pemakanan seperti ini, ikan akan bertambah sihat, berisi dan cepat dituai. Berat purata ikan keli menggunakan makanan ikan segar ini adalah sekitar 200 gram hingga 250 gram dalam tempoh 3 bulan. Saiz yang sangat baik untuk pasaran.


Ikan buangan bernilai rendah

Penggunaan ikan buangan seperti ini boleh menjimatkan penggunaan pelet namun sumber ikan harus dari sumber yang murah. Biasanya kita dapat terus dari nelayan atau kapal tunda. Jika di tinggal di persekitaran pantai di Sabah, ikan begini mudah didapati dengan cara memukat sendiri atau mendapat dari nelayan tempatan.


Ikan buangan bernilai rendah

Ikan buangan juga boleh dikeringkan dan di simpan kemas dalam karung untuk makanan ikan keli. Penternak tidak perlu menggunakan makanan dari sumber ikan segar ini secara kerap, cukup secara berkala seminggu sekali atau dua kali, memadai untuk keperluan protein ikan keli di samping meneruskan penggunaan pelet ikan.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN BUANGAN SUMBER DIET PEMBESARAN TERBAIK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Friday, January 10, 2014

IKAN KELI AFRIKA


Ikan keli Afrika  hidup dalam pelbagai persekitaran air tawar, termasuk perairan tenang seperti tasik dan kolam. Dapat menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran yang melampau dan boleh hidup dalam julat pH 6,5-8,0. Mereka dapat hidup dalam air yang sangat keruh dan mampu bertahan pada suhu 8 sehingga 35 darjah Celsius. Suhu optimum mereka untuk pertumbuhan adalah 28-30 darjah Celsius .

Spesies ini boleh hidup dalam air yang sangat kurang oksigen dan merupakan salah satu spesis yang lalu untuk hidup dalam apa-apa tempat yang boleh didiami. Mereka juga dapat merembeskan mukus untuk mengelakkan pengeringan dan mampu menggali dalam substrat berlumpur.

Spesies ini boleh mencapai saiz sehingga 1.7 meter termasuk ekor dan boleh mencapai berat sehingga 59 kg apabila berkembang sepenuhnya. Mereka memiliki sungut hidung dan maxiallary dan mata agak kecil. Warna mereka adalah kelabu gelap atau hitam dan dorsally berwarna krim ventrally. Keli Afrika dewasa memiliki garisan membujur gelap di sebelah kepala, namun ini tidak ada pada ikan muda. Kepala ikan dewasa adalah agak kasar, manakala kepala ikan muda agak licin. Mulut agak besar.

Ikan keli Afrika adalah perenang yang malas dan banyak menghabiskan masa di bahagian bawah tasik dan sungai-sungai. Mereka, bagaimanapun, dapat bergerak di seluruh tanah kepada satu lagi sumber air dalam keadaan lembap. Mereka hanya menggunakan sirip dada yang kuat dan duri dan mula merangkak melalui laluan cetek.

Ikan keli Afrika bersifat omnivor. Mereka tiada makanan khusus dalam keperluan makanan mereka. Mereka dikenali memakan serangga, plankton, siput, ketam, udang, dan invertebrata lain. Mereka juga mampu makan haiwan yang mati, burung, reptilia, amfibia, mamalia kecil, ikan lain, telur, dan bahan tumbuhan seperti buah-buahan dan biji benih. Oleh kerana mereka mudah bergerak di atas tanah, mereka dapat memangsa organisma daratan.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN KELI AFRIKASocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, January 8, 2014

TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN

IKAN PUYU adalah sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar maupun dalam lingkungan
air payau, sangat mudah untuk membiak, membesar dengan cepat dan amat berpotensi dimajukan. Ini berdasarkan permintaannya yang sangat tinggi dalam pasaran tempatan.


IKAN PUYU YANG DITERNAK DALAM KOLAM 

Selain rasanya yang sangat sedap dimasak dengan apa jua jenis masakan, ikan puyu juga dipercayai dapat menghalang sebarang ilmu hitam. Oleh itu, ikan ini popular di kalangan peniaga untuk memelihara ikan ini dipremis mereka sebagai satu cara menghalang sebarang peristiwa yang disebabkan oleh perkara mistik.

Nilai kepercayaan dan rasa yang sedap serta mempunyai khasiat yang tinggi terutama mampu menyembuhkan penyakit kulit, inilah yang menyebabkan ikan ini sentiasa dicari menyebabkan harganya melambung tinggi.

Harga ikan puyu di sabah adalah antara Rm15.00 - Rm18.00 per kilogram mengikut saiz. Ikan puyu mampu mencapai saiz 500 gram sehingga sebesar tapak tangan dewasa. Namun ikan yang puyu yang dibesarkan dalam kolam kanvas mampu mencapai saiz purata sekitar 250 gram - 300 gram seekor. Pada usia 5 - 6 bulan, ikan puyu mampu membiak dengan anggaran telur yang dikeluarkan oleh seekor ikan betina dewasa sehingga 50,000 butir telur dengan kadar kejayaan penetasan sehingga 95% .

Rega ikan puyu diberi makan artemia selepas berusia 48 jam. Pengasingan mula dilakukan apabila rega berumur 3 minggu. Anak ikan puyu diasing mengikut saiz serta dibesarkan dalam kolam kanvas atau tangki poly dengan tingkat paras air  sekitar1 kaki. Ikan puyu yang bersaiz kuku mampu menelan pelet permulaan. Apabila mencapai umur 5 - 6 bulan, ikan puyu sudah boleh dituai untuk dijual sebagai ikan dewasa.


IKAN PUYU DEWASA

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan ternakan ikan puyu, perniagaan ini boleh juga bermula hasilnya dengan membekal anak ikan puyu kepada penternak yang lain. Harga bagi seekor anak ikan puyu bersaiz kuku jari telunjuk adalah sekitar 40 sen hingga 50 sen seekor. 




Baca Selanjutnya.. (Read More)

TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKANSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, January 7, 2014

JANGGUT KELI

JANGGUT KELI yang dimaksudkan adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan suku kaum Brunei di pantai barat Sabah. Ramai juga yang tidak tahu dengan sayur ni hanya yang biasa mengambilnya saja yang tahu apa itu janggut keli. Ia sejenis tumbuhan yang hidup di paya-paya. Bentuknya yang seakan janggut keli dan mungkin kerana bentuknya itu penduduk tempatan memanggilnya janggut keli


SAYUR JANGGUT KELI


Sayur Janggut Keli sedap masak tumis berserta dengan keli salai. Sungguh enak menu istimewa orang Sabah yang jarang sekali kita ketahui. Bagi mereka yang sudah merasa keenakan sayur ini sudah tentu akan berusaha mencarinya.

SELAMAT MENCUBA  !!



Baca Selanjutnya.. (Read More)

JANGGUT KELISocialTwist Tell-a-Friend

KEPERLUAN BEKALAN IKAN KELI UNTUK RESTORAN-RESTORAN DI SABAH

SYUKUR alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2014, semoga tahun 2014 ini memberi nafas baru dan semangat baru kepada rakan ternak ikan keli khusus di Sabah dan di Malaysia amnya. 

Tahun ini diharap segala perancangan projek ladang ikan keli akan berjalan dengan lancar. Kami di Keli Sabah akan mengorak selangkah lagi dengan menambah beberapa kolam ikan keli di tapak baru. Disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan tidak pernah mencukupi. Ternyata pasaran ikan keli di Negeri Sabah sudah tidak asing lagi kerana banyak restoran-restoran menghidangkan menu istimewa ikan keli.

Sudah tentu permintaan pasaran ini merupakan satu PELUANG keemasan bagi penternak dan pembekal ikan keli. Pasaran ini dapat menyumbang pendapatan rakan ternak dengan lebih baik. Tinjauan yang kami buat pada tahun 2013, beberapa restoran meminta bekalan ikan keli yang banyak dan berterusan. Menu hidangan istimewa nasi penyet ikan keli sangat laris.

BERIKUT ADALAH DATA KASAR PERMINTAAN BEKALAN IKAN KELI SECARA PURATA:

RESTORAN : 300 KG PER MINGGU / RESTORAN
GERAI          : 100 KG PER MINGGU / GERAI
PENJAJA     :  100 KG PER MINGGU / PENJAJA

Tidak termasuk permintaan orang per seorangan, majlis kenduri-kendara, parti dan lain-lain. Selain ikan keli segar, permintaan ikan keli pekasam, salai dan kering, sejuk beku dan lain juga meningkat. 

Sudah tentu permintaan ini menaikkan semangat kepada penternak untuk melipat gandakan usaha agar pengeluaran hasil ikan keli dapat ditingkatkan.

Ikan keli jenis hibrid (clarias gariepinus) sangat mudah diternak kerana ia adalah sejenis ikan yang sangat cepat membesar dan tahan pada persekitaran. Sifatnya yang kanivora, menjadikan ia ikan yang kurang cerewet dalam soal pemakanan. Sisa dapur seperti sayur-sayuran pun boleh dijadkan sebagai makanan tambahan bagi ikan ini. Selain penggunaan pelet ikan, buangan dari ikan yang tidak dipakai seperti kepala ikan bilis, ikan buangan pun boleh menjadi santapan ikan keli.

Diharap, tahun 2014 ini akan bertambahlah pengeluaran ikan keli kerana peluang permintaan yang sangat tinggi dapat menjadikan industri ikan keli berkembang baik. 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KEPERLUAN BEKALAN IKAN KELI UNTUK RESTORAN-RESTORAN DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...