Wednesday, April 25, 2012

MAKANAN AWAL REGA PUYU

REGA IKAN PUYU yang baru menetas sangat kecil. Panjang semasa menetas lebih kurang 1 – 2mm sahaja (tengok gambar rega puyu di bawah). Ia tak banyak bergerak. Tapi agak terkejut jika di ganggu.

Makanan awal ikan puyu sudah semestinya dari saiz yang sangat kecil. Moina dan artemia pun rasanya agak besar berbanding mulut rega puyu ni. Ramai mereka yang telah mencuba membuat pembenihan ikan puyu menghadapi masalah bagaimana nak bagi makan selepas 3 hari rega menetas.

REGA IKAN PUYU Salahsatu jalan penyelesaian ialah bagi makan rega puyu dengan sejenis zooplankton yang dipanggil copepoda. Ianya sangat halus. Berwarna agak jernih.

APA TU COPEPODA?

COPEPODA

Sukar juga mau diterangkan tapi beginilah bentuknya (gambar atas). Ia mudah dikultur. Dengan hanya menyediakan sebuah kolam takungan sedalam agak-agak 2 kaki, beri E.M. Masukkan beberapa ekor ikan puyu dewasa. Biar selama 4 – 5 hari sehingga air bertukar agak kehijau-hijauan menandakan pertumbuhan fitoplankton. Kolam takungan harus terdedah matahari sebanyak 70 – 80%. Ini membenarkan fitoplanktoon mendapat sumber tenaga suria yang cukup untuk proses fotosentesis. Apabila fitoplankton mulai subur, copepoda mula membiak.

Cara menangkap Copepoda

Sediakan sebuah penyeduk yang diperbuat daripada jaring yang sangat halus. Saya guna kain kasa. Ceduk kolam yang ada Copepoda dan simpan dalam balang. Perhatikan dengan cahaya. Anda akan dapati ada binatang halus berwarna jernih bergerak –gerak di dasar balang dan perlahan menuju ke arah cahaya. Binatang itulah ‘Copepoda'. Kalau tak nampak, itu maknanya belum adalah tu. Biarkan lagi 2 – 3 hari.

Jika ada, jadikan ini sebagai makanan awal. Boleh bagi makan selama 1 minggu sebelum diubah kepada artemia atau moina. Cara senang guna avantemia.

MAKANAN AWAL REGA PUYUSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...