Saturday, April 28, 2012

IKAN KELI JANA PENDAPATAN

IKAN KELI dapat menjana pendapatan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Ikan keli - http://kelisabah.blogspot.comSatu kolam bersaiz 14 kaki X 6 kaki X 3 kaki tinggi boleh menjana tidak kurang 100 kilogram ikan keli. Di Sabah harga ikan keli dapat jual borong dengan harga Rm7.00 - Rm8.00 sekilogram (harga borong tidak kira saiz) harga borong yang biasa kami tawarkan untuk rakan ternak.  Harga jual biasa di ladang dari Rm9.00 -Rm12.00 (saiz 160gram ke atas). Harga keli siap siang  Rm15.00 - Rm18.00. Manakala tempoh pembesaran ikan sehingga saiz matang ialah 2 - 3 bulan. Jadi, setiap kolam dapat menjana dari Rm700 hingga ke Rm 1,800.
kolam kanvas ikan keli - http://kelisabah.blogspot.comJadi, jika anda mempunyai 3 kolam pembesaran, bermakna anda mampu jualkan ikan keli anda setiap bulan. Anda juga mampu menambah pendapatan dengan menjual anak benih ikan keli. Dengan mempelajari ilmu tentang ikan keli, anda tidak akan rugi.
Percayalah, dengan menjalankan sendiri projek ikan keli, anda pasti mendapat hasil yang lumayan berbanding menyerahkan wang pelaburan kepada syarikat penternak ikan keli yang lambat-laun menipu anda. Percayalah kepada diri anda sendiri.

IKAN KELI JANA PENDAPATANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...