Thursday, April 26, 2012

PROJEK KELI

PROJEK KELI adalah peluang yang cerah pada masa depan. Ini kerana, ikan keli adalah sebahagian daripada keperluan manusia. Hasil tangkapan ikan di laut semakin tidak menampung permintaan penduduk di Malaysia khasnya. Oleh itu, negara amat memerlukan bekalan yang sangat konsisten untuk menampung permintaaan penduduk.

Untuk menampung bekalan ikan, ianya perlu bersumberkan pengeluaran  ikan yang dapat ditentukan kuantitinya. Jadi, sumber terbaik adalah melalui penternakan. Nah, di sinilah peluang yang perlu kita rebut.

Penghasilan yang dapat dipelbagaikan dapat memberi ruang yang sangat luas kepada projek keli ini. Penghasilan serunding keli contohnya dapat membuka ruang perniagaan yang begitu luas. Pembekalan terus kepada restoran juga sudah cukup membuktikan bahawa usahawan yang menjalankan projek ikan keli ini mampu merai hasil yang sungguh lumayan dan berterusan.

Namun, ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian daleam menjayakan PROJEK KELI ini. Antaranya ialah modal untuk memulakan. Di samping itu keperluan tenaga mahir dan juga pengetahuan pengurusan projek amat penting dalam menyumbang kerhasilan projek ikan keli.

Penggunaan media ternakan secara konvensional dengan menggunakan kolam tanah sangat memerlukan modal yang tinggi. Di samping itu kesediaan sumber air juga memberi kesan terhadap keberhasilan projek keli.

Namun berita baik setelah beberapa tahun kebelakangan ini di beberapa buah negara akhirnya mendapat cara alternatif terbaik untuk menggantikan kolam tanah kepada kolam kanvas.

Projek keli dengan menggunakan kolam kanvas banyak kelebihan berbanding kolam tanah. antaranya:

1. Kos rendah

2. Senang dipindah

3. Senang dipasang

4. Senang dikendalikan

Projek ikan keli juga amat memerlukan mentor untuk membantu perkembangan projek ikan keli dari masa ke semasa.

Technorati Tags:

PROJEK KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...