Thursday, April 12, 2012

TIDAK PERLU BERI MAKAN IKAN KELI WAKTU HUJAN

Hujan lebat, angin kuat, kilat sabung-menyabung, janganlah ambil risiko pegi ke kolam ikan untuk bagi makan. Biarlah hujan, syok bah duduk rumah waktu hujan sambil minum-minum kopi panas dengan pisang goreng..fuhh. Jangan risau, ikan keli di kolam tu tidak akan mati kelaparan.

Ada beberapa sebab kenapa kita tidak perlu bagi makan waktu hujan:

1. Suhu sejuk, ikan keli tidak beberapa aktif pada suhu yang sejuk. Ikan akan lebih banyak berehat kerana suhu sejuk mengurangkan keaktifan oksigen.

2. Waktu hujan, air permukaan kolam berkocak dan tidak berapa jelas dari pandangan ikan keli. Hanya beberapa ekor sahaja yang akan makan.

3. Susah-susah saja bagi makan, basah kuyup lagi… eh..eh.

Antara kesan yang berlaku kalau kita degil juga. Mahu juga bagi makan sebab rajin. Ini akibatnya:

1. Membazir pelet. Kos menternak naik. Asyik-asyik bagi makan ja bila nak untung?

2. Taukeh keli demam. Kena beli ubat di farmasi sudah buang Rm40-Rm50.

Jadi, tak payalah bagi makan waktu hujan. Biarlah ikan keli berehat, taukeh berehat hati senang.

'”SELAMAT MAJU JAYA”

 

TIDAK PERLU BERI MAKAN IKAN KELI WAKTU HUJANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...