Tuesday, April 10, 2012

PUNCA KEMATIAN IKAN KELI

Berdasarkan ramai penternak yang tanya, saya jelaskan secara ringkas punca kematian ikan keli. Ada banyak punca  yang harus kita ketahui menjadi faktor penyebab kematian ikan keli. Oleh itu ia adalah faktor ‘X’. Berdasar pengalaman, saya akan kelaskan faktor X tersebut seperti berikut:

1. Faktor Penyakit

2. Faktor Dari Makanan

3. Faktor  Pencematan Air

4. Faktor Luaran

5. Faktor Kanibalisme

DSC03630

FAKTOR PENYAKIT

Banyak jenis penyakit yang menjadi punca kematian ikan keli. Secara ringkasnya, setiap penyakit ada penyebabnya. Ada yang disebabkan punca bawaan. Punca pencemaran. Punca dari ikan itu sendiri yang lemah antibodi, cedera dan sebagainya.

Setiap penyakit, mungkin disebabkan oleh bakteria, virus, kulat dan parasit. Kenapa mereka menyerang, ada faktor penyebabnya.

FAKTOR DARI MAKANAN

Ada yang berpunca dari makanan yang tidak cukup nutrisi. Ada berpunca dari terlalu banyak memberi makan hingga ikan keli terlalu kenyang, kelemasan dan mati. Ada kes perut pecah kerana kekenyangan. Ingat, ikan keli tak akan berhenti makan selagi ada makanan. Jadi, sendiri ingatlah….

FAKTOR PENCEMARAN AIR

Apabila adanya pencemaran maka berlakulah keracunan. Pencemaran yang dimaksudkan apabila adanya sesuatu yang dapat merubah kimia air menjadi toksik. Bukan saja ikan, manusia minum pun boleh mati. Ada banyak punca keracunan. Antaranya sisa makanan atau air tersebut yang mengandungi bahan kimia yang bercun seperti mengandungi mineral yang teroksida seperti zink, besi karat dan sebagainya. Air nampak merah dan sebagainya yang boleh menjadi penyebab keracunan kepada ikan keli. Air yang tidak pernah diganti juga salah satu punca. Menceburi bidang ternakan ikan keli ni kena rajin-rajinlah sikit, lihat-lihatlah mana yang patut kena servis.

FAKTOR LUARAN

Sudah semestinya ada orang bubu racun (mungkin?). Pencemaran dari luar seperti hidupan air yang tercemar. Juga termasuk, burung bangau, katak, biawak, ular, memerang dan pencuri keli.

FAKTOR KANIBALISME

Keli makan keli. Ini merupakan penyebab yang sering berlaku. Puncanya adanya perbezaan saiz. Lazimnya, keli yang gagah akan makan keli yang lemah. Oleh itu kena rajin-rajinlah buat penggredan terutama semasa mengasuh anak benih.

 

Okey, cukup dulu. Ada masalah rajin-rajinlah bertanya. Tips untuk berjaya dalam ternakan ikan keli kena banyak bertanya. malu bertanya sesat jalan. Kerana menternak ikan keli ni ianya berkonsep “buat dan lihat”. Selamat maju jaya kepada semua penternak ikan keli seluruh dunia.

 

Technorati Tags:

PUNCA KEMATIAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

1 comments:

Zam said...

Nk tanya, knp ikan keli xberapa nak makan. Ini menyebabkan kepalanya besar, badan kecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...