Ramai yang tidak tahu terhadap teknik rangsangan induk ikan keli. Teknik ini bertujuan untuk merangsang telur ikan keli supaya berada ditahap matang dan bersedia menerima sperma jantan memasuki telur dan membuat persenyawaan.
Kenapa ini berlaku?
Di habitat asalnya, ikan keli akan mula merangsang telur ketika air mula mengering pada musim kemarau. Ianya bertujuan untuk menyambung keturunannya di mana ia tahu bahawa ia akan mati kerana kekurangan air. Apabila air mula cetek, induk keli akan mula mengawan dan mengeluarkan telur. Manakala yang jantan akan melepaskan sperma.
Pada pembenihan secara aruhan, penggunaan air yang cetek separas badan induk ikan keli dapat merangsang telur ikan keli, jadi, para penternak ikan keli dapat menjimatkan kos hormon. Penggunaan hormon dapat dijimatkan sebanyak 50%. Suntikan tetap dilakukan iaitu hanya guna separuh sahaja hormon. Sebelum kita melakukan suntikan induk betina dan jantan, kita harus membiarkan induk keli secara berasingan dengan paras air seperti gambar di atas selama 24 jam. Selepas itu barulah buat suntikan dengan 50% hormon.
Untuk pembenihan secara aruhan sila rujuk pembenihan secara aruhan.
p/s: Hubungi kami untuk kursus pembenihan ikan keli.
SMS admin 0198428689
“SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA”
0 comments:
Post a Comment