Friday, April 13, 2012

KANGKONG SEBAGAI BAHAN MENTAH MAKANAN IKAN

kangkong jadi makanan ikan

Saya tidak pula cadangkan untuk makanan ikan keli tapi mungkin lebih baik untuk ikan lain. Tapi kawan cakap ikan keli pun suka makan kangkong.  Saya ada mencuba pada ternakan ikan puyu. Memang kangkong ni kegemaran betul ikan puyu. Tak payah kasi hancur, taruh potongan kangkong dalam kolam ikan puyu, besok tengok tinggal sisa sudah.

Untuk pengetahuan bersama, di Thailand (maklumat yang saya dapat dari internet)  sudah ada tepung kangkong yang dijual untuk bahan utama makanan ikan dijual pada harga Rm5.00 per kilogram. Tapi di malaysia belum ada yang buat lagi.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa kangkong boleh dijadikan makanan ikan. Ianya mengandungi 30% protein dalam keadaan kering. Memang sesuai kalau dijadikan bahan penambah kepada pelet ikan. Biasanya untuk  proses pembuatan makanan ikan, kangkong akan direbus atau stim, dijemur dan dimesin.

Memandangkan kangkung masih ada nilai komersial, adalah lebih baik jual buat sayur. Cuma lebihan atau yang kurang bermutu sahaja yang digunakan untuk pembuatan makanan ikan.

Lagipun kangkung ni senang untuk ditanam. Boleh tanam tepi-tepi kolam dan senang menjadi. Saya suka makan kangkong. Lagi sedap kalau buat sotong kangkung atau kangkung masak belacan makan bersama keli salai masak lemak cili api..wow!!

KANGKONG SEBAGAI BAHAN MENTAH MAKANAN IKANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...