Sunday, April 15, 2012

INFO TENTANG IKAN KELI

IKAN KELI adalah spesis ikan yang hidup 100% di air tawar. Manakala lokasi habitat ikan ini ialah di kawasan tanah rendah yang berpaya dan berlumpur. Ikan keli termasuk haiwan karnivora iaitu ikan pemangsa segala. Ikan ini sangat aktif dan suka meloncat terutama pada waktu malam.

IKAN KELI memiliki sepasang patil , 3 sirip tunggal iaitu sirip punggung yang berfungsi sebagai sirip renang dan sirip ekor yang berfungsi untuk mempercepatkan dan melambatkan pergerakkan. Selain itu ia juga memiliki sirip dada dan sirip di bahagian perut.

IKAN KELI memiliki 4 pasang sesungut yang berfungsi sebagai alat penciuman dan pengesan untuk mengesan makanan.  Manakala patil yang terdapat di kiri dan kanan pada sirip dada ikan keli digunakan untuk bergerak kiri dan kanan serta berfungsi sebagai senjata. Walaupun diguna sebagai senjata namun ianya tidak berbisa pada ikan keli afrika (Clarias Gariepinus).

info tentang ikan keli

IKAN KELI memiliki kulit yang licin , berlendir dan langsung tidak mempunyai sisik,  Memiliki warna hitam keungguan dan berubah menjadi corak seperti pakaian tentera terutama jika ikan keli ini terasa terancam atau stress. Manakala warnanya akan menjadi pucat jika terdedah secara langsung dengan matahari.

IKAN KELI  biasanya akan matang menjadi induk  jika telah mencapai berat 300 gram ke atas. Pada zaman teknologi sekarang ini, pembiakan dapat dilakukan dengan kaedah aruhan di mana telur ikan keli dikeluarkan dan dicampur sperma jantan untuk proses persenyawaan. Pembiakannya amat mudah dan mudah pula diternak, menjadikan ianya pilihan penternak pada masa kini. Harganya yang konsisten serta permintaan yang tinggi dapat memberikan hasil yang lumayan dan berpanjangan.

INFO TENTANG IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...