ANDA RASA GAGAL dalam ternakan keli? Tapi, kenapa ramai yang telah berjaya? Anda rasa ternakan ikan keli sukar bagi anda? Mungkin bukan bidang untuk anda?
Apa-apa pun persoalan, saya tabik kepada anda yang memulakan ternakan keli kerana tidak silap bagi saya mengatakan ANDA DI LALUAN YANG BETUL. Cuma, kemana anda itulah yang paling penting. Apa jua perniagaan, GOL!! adalah penting. Tentukan matlamat anda dan apa yang ingin anda capai, itulah yang akan membawa anda. Kalau hanya berfikiran untuk suka-suka, maka hasilnya pun adalah untuk suka-suka saja. Tapi kalau keputusan kita menternak ikan keli untuk menambah rezeki dan mengubah nasib, buat betul-betul pasti anda akan berjaya. Tapi KENAPA GAGAL?
Bagi saya, ada 25 SEBAB KENAPA ANDA GAGAL DALAM MENTERNAK IKAN KELI.
1. Tidak mahu belajar dari orang yang pandai
2. Tiada ilmu terus cuba besar-besaran
3. Tidak mahu turun kolam, harap 100% pekerja
4. Tidak ada rakan niaga (buat sendiri-sendiri)
5. Tidak mahu berkongsi maklumat
6. Belajar dari mereka yang bukan arif tentang keli (salah pilih guru)
7. Hilang fokus
8. Cepat mengalah dan putus asa
9. Tidak mahu menerima kegagalan
10. Kuat rasa malu
11. Tidak menghargai usaha anda sendiri
12. Tidak ada rasa ingin mencuba
13. Tidak mahu mendalami ilmu ternakan ikan keli
14. Berfikiran sempit
15. Selalu terpengaruh dengan cakap orang
16. Hanya ingin menjadikan ternakan ikan keli sambil-sambil saja
17. Berpandangan bahawa ternak keli tiada ‘kelas’
18. Ingin cepat kaya
19. Selalu ingin jalan singkat
20. Tidak berdoa kepada Tuhan untuk memohon kejayaan dan murah rezeki
21. Tidak sabar dan cepat melenting
22. Tiada matlamat
23. Tidak mahu berusaha mencari jalan jika berlaku kesilapan atau kegagalan kecil, contoh seperti masalah ternakan ikan keli mati
24. Tidak mahu beri bisnes pada orang
25. Selalu rasa semua kerja adala susah
0 comments:
Post a Comment