IKAN KELI yang diternak menggunakan sistem ternakan media kolam kanvas sangat mudah untuk diurus. Media ternakan yang begitu ringkas, murah dan senang dipasang. Perbandingan yang dilihat dari semua jenis media samada kolam tanah, konkrit, tangki plastik dan sebagainya membuktikan bahawa penggunaan kolam kanvas sangat sesuai untuk ternakan ikan keli. Kami juga telah mencuba menternak ikan puyu dengan menggunakan kolam kanvas, ternyata ia juga menunjukkan sesuai untuk menternak ikan puyu.
Ikan keli yang diternak di kolam kanvas menunjukkan pembesaran yang baik. Ini kerana, kolam kanvas dapat mengawal suhu air berbanding kolam konrit. Air dalam kolam kanvas juga sangat stabil.
Kesimpulannya, penggunaan kanvas sebagai media penternakan ikan keli merupakan alternatif terbaik untuk menceburi bidang ternakan ikan keli. Dengan menggunakan kanvas sebagai kolam, anda tidak memerlukan jentera untuk mengorek tanah, tidak memerlukan batu-bata dan simen untuk buat kolam. Dengan kolam kanvas, semua orang, tidak kira di mana lokasinya, boleh menceburi bidang ternakan ikan keli asalkan ada sumber air.
“DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN”
0 comments:
Post a Comment