Tuesday, April 10, 2012

PERKHIDMATAN UNTUK RAKAN TERNAK IKAN KELI DI SABAH

SALAM kepada semua penternak ikan keli di Sabah. Tahniah kepada mereka yang masih aktif dalam bidang ini. Kepada mereka yang sedang mau bangun tu teruskan usaha anda.

Untuk makluman rakan ternak, kami di keli sabah yang berniaga di bawah lesen Empayar Agro memberikan perkhidmatan membeli semula hasil ternakan tuan-tuan, harga akan kami maklumkan setelah anda berhubung dengan kami. Anda boleh SMSkan saja ke nombor telefon bimbit En.Man (0198428689). Selain itu, tempahan untuk anak benih sentiasa dibuka.

Bagi mereka yang ingin menempah makanan anak ikan Avantemia, hormon ovaprim, kolam kanvas, cecair E.M, sila buat tempahan dulu sebab stok cepat habis.

Bagi rakan ternak yang berminat untuk mendapatkan bekalan ikan keli untuk mereka jual pun boleh berhubung dengan kami. Kami mencari sesiapa yang berminat untuk berniaga ke pasar-pasar atau tamu-tamu di Sabah yang ingin bekalan secara berterusan boleh berhubung dengan kami.

Berita baik untuk rakan ternak di Sabah, kami menawarkan perkhidmatan melatih pembenihan aruhan ikan keli di tempat anda secara individu (setakat ni hanya terbuka untuk penduduk pantai barat sabah sahaja – bergantung kepada lokasi). harga perkhidmatan mengikut jarak. Tapi bagi mereka yang ingin datang ke tempat kami untuk belajar pembenihan boleh membuat temujanji sebab kami melatih secara individu sahaja. Kalau anda datang ke tempat kami, harga perkhidmatan melatih cuma Rm300 sahaja. Berminat, sila SMSkan saja ke 0198428689.

PERKHIDMATAN UNTUK RAKAN TERNAK IKAN KELI DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...