Sunday, April 22, 2012

SUMBER AIR BUMI UNTUK TERNAK IKAN KELI - ‘tubewell’

SUMBER AIR untuk ternakan ikan keli adalah sangat penting. Sumber air bersih, tinggi kadar organik, tiada sumber klorin adalah sumber terbaik untuk ternakan ikan keli. Oleh itu, sumber air bumi adalah jalan alternatif terbaik selain air sungai tawar atau tasik.

TELAGA TIUB atau ‘tubewell’ yang diperbuat daripada paip PVC sudah mula diguna pakai di seluruh dunia untuk sumber pertanian dan penternakan di mana sumber air di atas bumi sukar diperolehi. Selain untuk kegunaan pertanian dan penternakan, ianya juga boleh digunakan untuk aktiviti manusia seperti sumber air untuk mandi, membasuh dan boleh diguna untuk minum. Apa yang penting, kandungan air ditempat tersebut tidak toksik dan tidak mengandungi larutan kimia atau mineral yang membahaya.

PROJEK TUBEWELL 

TUBEWELL - kelisabah.blogspot.com

Sebatang paip PVC 2 inci berukuran panjang  hampir 20 kaki digunakan untuk projek ini. Lubang ditebuk untuk memudahkan air memasuki paip PVC apabila ia di tanam pada kedalaman 17 – 18 kaki di dalam bumi. Dalam gambar di atas, En.Man (admin kelisabah) dengan beberapa pekerja sedang melakukan proses membalut lubang PVC.

gambarajah rentasan TUBEWELL Paip PVC yang sudah siap dilubang, dibungkus, kemudian ditanam ke dalam bumi dengan menggunakan teknik pancutan air.

PAM TUBEWELL - kelisabah.blogspot.comInilah dia telaga tiub (TUBEWELL) kami yang telah siap dipasang dan disambungkan dengan pam air. Dengan menggunakan telaga tiub seperti ini, air tidak menjadi masalah penternak. Manakala kos untuk buat tubewell :

1- Pam Air (jenama ROBIN – 2 inci)  + Hos + Tiub PVC 2 inci = lebih kurang Rm800

2. Upah pasang tiub = Rm 300

JUMLAH = Lebih kuranglah Rm1,100

Air di sini mempunyai PH 7.8 dan amat sesuai untuk ternakan ikan keli. Ianya juga mengandungi organik terlarut yang tinggi. Untuk ternakan ikan keli, anda hanya perlu gunakan E.M untuk menyuburkan air kolam.

SELAMAT MENCUBA, SELAMAT MENTERNAK

SUMBER AIR BUMI UNTUK TERNAK IKAN KELI - ‘tubewell’SocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...