Wednesday, April 18, 2012

ANAK IKAN KELI

ANAK IKAN KELI yang baru menetas sangat memerlukan persekitaran air yang subur. Ini kerana, anak ikan akan mula makan makanannya yang pertama selepas 48 jam. Waktu ini, anak ikan keli akan mula kehabisan bekalan kuning telur yang dibawanya dari awal dia menetas.

TELUR IKAN KELI - REGA KELIPerhatikan perubahan anak ikan keli yang bermula daripada telur, kepda proses penetasan sehingga ia membentuk kepada seekor anak ikan keli yang sempurna. Proses ini berjalan selama 72 jam.

anak ikan keli Perubahan anak ikan keli sehingga berumur seminggu.

rega 4 hari 

anak keli - kelisabah.blogspot.com Pada saat anak ikan keli mula makan, keperluan makanan yang seimbang sangat diperlukan. Ia perlu makan makanan semulajadi dengan kadar protein melebihi 60%. Di habitat asal ikan ini, makanan hidup yang berasal dari kumpulan zooplankton seperti moina menjadi sumber utama anak ikan keli. Namun harus diingat, keperluan zooplankton untuk hidup subur perlu dititikberatkan. Jika tidak, penyediaan persekitaran hidup untuk anak ikan keli tersebut akan terjejas.

Freshwater zooplanktonZooplankton yang menjadi makanan ikan keli perlu hidup subur. Zooplankton juga perlu makanan. Antara makanannya ialah fitoplankton iaitu tumbuhan air yang sangat halus dan berwarna hijau.

airhijau2Fitoplankton perlu hidup subur. Namun perlu diingat, fitoplankton pula perlu ada sumber tenaga yang menyebabkan ia membuat makanan sendiri. sumber tenaga yang diperlukan adalah cahaya matahari.  Disamping itu, ianya perlu menyerap beberapa zat berupa seperti antaranya Nitrogen yang terurai dari ammonia menjadi zat nitrat. Zat nitrat ini akan diserap oleh fitoplankton, agar ia dapat menghasilkan makanan sendiri dan dapat membekal oksigen. Oksigen pula akan diserap oleh semua hidupan akuatik. Tetapi, apa yang boleh menghurai ammonia? Oleh itu, kita kena ingat ada sejenis hidupan lagi yang tersangat halus yang sangat berbakti kepada alam iaitu bakteria . Bakteri berfungsi sebagai penghurai benda-benda reput.  Bakteria penghurai ini banyak terdapat dalam larutan E.M di mana E.M itu sendiri adalah kumpulan bakteria yang sangat efektif untuk menjadi agen penghurai terbaik di dunia.

Dari proses inilah berlakunya kitaran hidupan akuatik, di mana secara ringkasnya zooplanton dapat hidup subur yang menjadi sumber makanan anak ikan keli. Akhirnya anak ikan keli anda akan mendapat sumber makanan yang cukup menjadikan ianya membesar dengan baik sehingga menjadi keli dewasa yang sihat. Inilah sistem akuatik ciptaan Tuhan yang perlu kita fahami dan manfaatkan.

Banyak lagi yang saya perlu kongsikan dengan rakan ternak semua agar kita sama-sama memahami keperluan sebenar anak ikan keli. Rajin-rajinlah ke blog kelisabah untuk mendapatkan info-info yang lebih mendalam secara PERCUMA dari saya untuk anda. Semoga anda akan terus maju.

P/s: UNTUK BEKALAN ANAK BENIH KELI, IKAN KELI MATANG DI SABAH, BOLEH HUBUNGI SECARA SMS KE 0198428689 (EN. MAN)

ANAK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...