Tuesday, April 17, 2012

CARA MENGASUH BENIH IKAN KELI

CARA MENGASUH benih ikan keli tidak sama dengan menternak ikan yang sudah besar. Perlu diperhatikan keperluan air kolam dan media asuhan.

Anak benih ikan keli dalam kolam asuhan

KOLAM ASUHAN tidak perlu terlalu luas. Cukup sekadar 3 kaki X 3 kaki X 1 kaki tinggi. Malahan lebih kecil daripada ukuran tersebut pun boleh. Dengan menggunakan kanvas, kolam asuhan boleh dibina secara berpetak-petak seperti gambar contoh di bawah.

contoh kolam asuhan anak benih ikan keli Kolam asuhan kanvas yang kami bina seperti di atas berukuran 3 kaki X 3 kaki X 1 kaki tinggi. Kemudian isikan air sekadar 2 inci – 3 inci sahaja. Boleh guna jaring hitam untuk menutup kolam asuhan anda untuk mengelakkan pemangsa luar seperti katak, biawak dan sebagainya. Lokasi kolam asuhan yang paling baik ialah yang mendapat lebih 50% pendedahan cahaya matahari. Berikan sedikit E.M untuk menyuburkan air kolam asuhan.

Makanan anak benih ikan keli pula saya syorkan, gunakan ‘avantemia’ , boleh guna artemia (tapi kena tetaskan dulu) atau makanan hidup yang dikultur seperti moina dan sebagainya. Makanan ini perlu dibekalkan kepada anak benih selama 4 – 5 hari selepas anak benih mula makan. Tapi jangan gunakan telur ayam rebus untuk memberikan makanan kepada anak benih kerana telur ayam cepat merosakkan air kolam sekaligus air akan menjadi toksik. Telur ayam tidak sesuai sebagai makanan anak benih keli kerana kandungan proteinnya yang tidak mencukupi untuk tumbesaran benih keli.

Anak benih pula perlu di asuh sehingga 2 – 3 minggu di kolam asuhan sehingga mencapai saiz 1 inci, kemudian baru digred dan dipindah ke kolam asuhan ke 2 . Nanti saya akan terangkan mengenai asuhan ke dua pada post akan datang.

SELAMAT MAJU JAYA.

CARA MENGASUH BENIH IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...