IKAN KELI HIASAN berbeza dengan ikan keli afrika yang kita ternak. Ikan keli hiasan ini merupaka spesis yang agak sukar diperolehi. Harganya pun boleh dikatakan agak mahal. Ikan keli jenis ini lebih sesuai diternak untuk ikan hiasan dalam akuarium rumah kita. Warnanya memang cantik.
Yang gambar atas ni ikan keli sungai Mekong. Warna kelabu dan putih, memang cantik. Kalau untuk dimakan, sayang pulak.
Yang atas ni ikan keli sungai Peru. Warna berbelang kelabu. Cantik dan memang sesuailah tempatnya dalam akuarium.
Ikan keli hiasan ini juga adalah satu peluang bagi mereka yang ingin menceburi ternakan ikan hiasan. Banyak lagi spesis ikan keli selain di atas di dunia ini yang mempunyai warna yang unik. jangan ingat untuk ternak ikan keli afrika sahaja. Banyak lagi, cuba anda teroka dan boleh kita kongsi sama-sama.
1 comments:
Ikan keli saye tu mcm yg kt atas pertama tu tpi knp dia punya tempat bernafas bergerak laju ..apa maksudnye tu? ..nak mati ke ikan keli saye ni
Post a Comment