Thursday, April 26, 2012

IKAN KELI MENGAWAN

IKAN KELI mengawan secara semulajadi apabila berlaku keadaan yang amat sesuai bagi pasangan ikan keli. Secara semulajadi di habitat asal ikan keli, aktiviti mengawan ini biasanya berlaku di kawasan perairan cetek.

Pasangan ikan keli jantan dan betina yang cukup matang akan mencari suatu tempat yang sunyi, bebas dari gangguan di kawasan cetek untuk melakukan ritual mengawan.

Ritual mengawan ikan keli jantan dan betinaProses ini berlaku apabila ia dimulai dengan pertemuan jantan  dan betina di mana jantan membuat bentuk lengkungan ‘U’ untuk merangsang betina (lihat gambar). Ritual ini hanya berlaku beberapa saat di mana betina akan melepas telur dan jantan akan melepaskan sperma. Tepat pada waktunya, telur disenyawakan.

Pasangan berehat selepas mengawan dan menyambung semula proses seterusnya.

Telur yang disenyawakan akan ditinggalkan tanpa penjagaan. Setelah menetas, rega akan bergerak selepas 48 jam.

Technorati Tags:

IKAN KELI MENGAWANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...