Ramai orang kata, kos ternak ikan keli sangat tinggi. Terutama kos makanan. Namun perlu diingat, ada beberapa faktor yang menyebabkan kos ternakan meningkat disebabkan oleh pemberian kuantiti makanan yang tidak sepatutnya berlaku. Ada beberapa KESILAPAN para penternak yang menjadi kebiasaan sehingga terlepas pandang bahawa kebiasaan itulah yang menyebabkan kos ternakan meningkatnya. Antaranya:
1. Kerap memberi makan. Sampai 3, 4 ke 5 kali sehari.
2. Terlalu ikut FCR .
3. Kuantiti yang terlalu banyak semasa menabur makanan.
4. Tiada rehat makan
5. Mahu ikan cepat besar dalam waktu singkat.
6. Air kolam tidak subur / kerap mengganti air.
Info: Ikan keli yang baik ialah ikan keli yang membesar secara semulajadi atau separa semulajadi dengan tempoh pembesaran yang normal 3 – 4 – 5 bulan untuk mencapai berat 180 gram – 200 gram. Ikan keli yang dipaksa makan akan menghasilkan ikan keli yang lembik, tidak normal, berlemak dan tidak sihak. Tubuh nampak putih pucat dan berbau.
Ramai penternak yang lemah semangat kerana menghadapi masalah ini. Bukannya masalah ternakan atau ikan keli tersebut tapi ianya bersangkut-paut dengan sikap kita dan pengetahuan kita dalam menternak ikan keli serta sikap tidak sabar.
“…kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..”
0 comments:
Post a Comment