IKAN KELI PRAIBA? Pernahkah anda mendengar namanya. Ia termasuk dalam genus Brachyplatystoma dan antara 7 yang tergolong dalam senarai ikan terbesar dunia. Ikan keli ini sangat besar sehinggakan penduduk tampatan sungai Amazon menamakannya ikan gergasi dan menamakannya ‘Praiba’.
Ikan ini berbintik kelabu dan kemampuannya untuk memangsa makanan 100 – 130 kaki di sungai Amazon. Ikan ini sangat rakus dan memangsa apa saja. Bahkan para nelayan yang telah menangkap ikan ini telah menemui monyet kecil, burung, kucing dalam perut Praiba. Kemungkinan haiwan-haiwan ini terjatuh ke sungai Amazon dan dimangsa oleh Praiba.
Ikan ini juga menjadi sumber makanan penduduk tempatan sungai Amazon.
Seperti ikan keli yang lain, Praiba sangat aktif pada waktu malam. Ikan ini memburu mangsa sehingga kedalaman 130 kaki di bawah permukaan sungai Amazon untuk memburu ikan seperti Peacock Bass dan Piranha. Piraiba tidak bimbang tentang gigi ikan Piranha yang menghiris itu, walaupun mereka mendiami perairan yang sama di mana beratus-ratus ikan Piranha terdapat di situ. Praiba mempunyai kulit yang sangat tebal dan keras untuk menahan daripada serangan ikan piranha. Dengan ukuran 4-5 kaki panjang, Piraiba boleh bergerak bebas di perairan Amazon tanpa takut kepada pemangsa.
Yang menariknya, Piraiba kekal bersendirian selama 2-3 tahun sehingga mereka bersedia untuk mengawan. Biasanya, ikan keli Praiba jantan akan mencari Praiba betina apabila masa untuk mengawan. Anak-anak Praiba mampu membesar dengan cepat iaitu dengan hanya mengambil masa 6 – 8 bulan untuk menjadi ikan keli Praiba dewasa.
Piraiba pastinya tidak sesuai bagi kebanyakan pemilik akuarium. Tempat terbaik untuk menternak Piraiba adalah akuarium besar yang boleh menyokong sekurang-kurangnya sebuah tangki berkapasiti 2000 gelen air. Ikan ini boleh membesar sehingga 400 pound, dan dengan berat badan sebesar ini, ikan ini adalah salah satu ikan yang paling mahal untuk dipelihara.
Piraiba adalah salah satu daripada ikan keli paling mengagumkan di dunia. Mereka menguasai Amazon dengan saiz mereka yang besar.
0 comments:
Post a Comment