IKAN KELI GORENG campur sambal lada aku try semalam, baru belajar dari resipi my bonda. Bila makan je, terus saya fikir betapa ruginya mereka-mereka yang di luar sana tu yang masih tak pandai makan ikan keli.
Orang kata, kalau nak goreng ikan keli ni kena hati-hati sebab meletup-letup, tapi aku tengok tiada pun. Mungkin keli yang diorang beli tu masa kena ternak dalam kolam kanvas dia kena bagi makan selain pelet.
Saya punya pengalaman bersama ternakan keli ni, saya fikir inilah ternakan yang paling tak banyak nak ‘setting’. Kolam ‘of course’ yang terbaik saya cadang ‘kat’ you all sudah semestinya KOLAM KANVAS. Sebabnya kolam jenis ni suhu agak stabil dan sesuai untuk ternakan ikan keli.
Alamak melarat pulak, saya nak cerita pasal ikan keli goreng ni. Ikan keli goreng kalau ‘korang’ nak try, jangan bagi dia terlampau kering sebab nanti tak rasa dia punya rasa ‘ori’ keli tu. Cara perap dia, biar guna rempah-rempah yang ‘fresh’ seperti serai, kunyit hidup. lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, sedikit garam dan perasa. Adunan tu kena cukup-cukup ‘kaw’ lah. Tambah sedikit lada kisar ‘cili api’ untuk memberikan ‘efek’ pedas pada ikan goreng tuan-tuan. Bahan-bahan tu mesti ditumbuk atau kisar. kalau nak ‘ori’ tumbuklah dengan lesung batu atau giling dengan penggiling batu. Ketepikan 2/3 untuk buat sos.
Sediakan ikan keli yang sudah siap di siang (macam chef wan lak). Sebelum tu tuan-tuan dan puan-puan boleh klik sini untuk tengok dulu cara menyiang ikan. Kemudian ikan tu kena bersihkan, tak payalah guna air garam dan sebagainya. Cukup buang semua organ-organ dalaman ikan keli tu. Kemudian, lumurkan semua adunan yang digiling tadi. Perap sekejap agak-agak setengah jam ok lah tu.
Goreng ikan keli tadi sampai masak dan ketepikan. Sediakan sos lada. Cara buat sos lada ni senang saja, ambil sedikit bahan kisar tadi, bagi cili boh lebih, tambah sedikit gula, masuk cuka sikit, garam dan perasa. Masak hingga mendidih dan tuangkan ke atas ikan keli goreng tadi. Siap. Sediakan nasi putih, pastikan perut anda lapar, jangan lupa sediakan air suam, apa lagi….ngap !! lah.
SELAMAT MENCUBA. OH YA, KALAU RESIPI NI KURANG SEDAP, SILA LAH TUAN –TUAN / PUAN-PUAN UBAH SUAIKAN NYA MENGIKUT SELERA .
* maaf gambar ikan keli goreng nya lupa di ambik, lain kali ja ye, jangan marah.
0 comments:
Post a Comment