Wednesday, January 8, 2014

TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN

IKAN PUYU adalah sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar maupun dalam lingkungan
air payau, sangat mudah untuk membiak, membesar dengan cepat dan amat berpotensi dimajukan. Ini berdasarkan permintaannya yang sangat tinggi dalam pasaran tempatan.


IKAN PUYU YANG DITERNAK DALAM KOLAM 

Selain rasanya yang sangat sedap dimasak dengan apa jua jenis masakan, ikan puyu juga dipercayai dapat menghalang sebarang ilmu hitam. Oleh itu, ikan ini popular di kalangan peniaga untuk memelihara ikan ini dipremis mereka sebagai satu cara menghalang sebarang peristiwa yang disebabkan oleh perkara mistik.

Nilai kepercayaan dan rasa yang sedap serta mempunyai khasiat yang tinggi terutama mampu menyembuhkan penyakit kulit, inilah yang menyebabkan ikan ini sentiasa dicari menyebabkan harganya melambung tinggi.

Harga ikan puyu di sabah adalah antara Rm15.00 - Rm18.00 per kilogram mengikut saiz. Ikan puyu mampu mencapai saiz 500 gram sehingga sebesar tapak tangan dewasa. Namun ikan yang puyu yang dibesarkan dalam kolam kanvas mampu mencapai saiz purata sekitar 250 gram - 300 gram seekor. Pada usia 5 - 6 bulan, ikan puyu mampu membiak dengan anggaran telur yang dikeluarkan oleh seekor ikan betina dewasa sehingga 50,000 butir telur dengan kadar kejayaan penetasan sehingga 95% .

Rega ikan puyu diberi makan artemia selepas berusia 48 jam. Pengasingan mula dilakukan apabila rega berumur 3 minggu. Anak ikan puyu diasing mengikut saiz serta dibesarkan dalam kolam kanvas atau tangki poly dengan tingkat paras air  sekitar1 kaki. Ikan puyu yang bersaiz kuku mampu menelan pelet permulaan. Apabila mencapai umur 5 - 6 bulan, ikan puyu sudah boleh dituai untuk dijual sebagai ikan dewasa.


IKAN PUYU DEWASA

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan ternakan ikan puyu, perniagaan ini boleh juga bermula hasilnya dengan membekal anak ikan puyu kepada penternak yang lain. Harga bagi seekor anak ikan puyu bersaiz kuku jari telunjuk adalah sekitar 40 sen hingga 50 sen seekor. 


TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...