Saturday, May 5, 2012

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYU

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

IDEA untuk membina kolam bertingkat ini datang apabila seluruh ruang tepi rumah sudah padat dengan kolam kanvas. Ternyata idea ini tidak sia-sia kerana ia mampu mengasuh anak benih keli dan puyu tanpa menghadapi sebarang masalah. Anak benih pula akan diasuh sehingga mencapai saiz ideal iaitu sekurang-kurangnya 2 inci sebelum dialih ke kolam asuhan kedua.

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Percubaan untuk membina kolam kanvas bertingkat yang pertama, kami membinanya dengan saiz kolam 1 kaki setengah X 1 kaki setengah sebanyak 5 petak bagi setiap tingkat dan boleh dibuat sebanyak 3 aras atau boleh lebih mengikut keperluan anda. Saluran air keluar kami pasangkan di setiap kolam supaya air hujan tidak memenuhi kolam. Ruang setiap kolam dapat memuatkan kira-kira 200 ekor benih keli dan juga benih puyu. Ini bermakna, benih bagi setiap tingkat ada sebanyak 1000 ekor.

kolamm bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Selain menjimatkan ruang, kebaikkan menggunakan kolam-kolam kecil dapat mengurangkan kematian anak benih yang disebabkan oleh masalah kanibal. Kadar hidup juga lebih tinggi berbanding dengan melepaskan keseluruhan anak benih dalam satu kolam.

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYUSocialTwist Tell-a-Friend

Friday, May 4, 2012

IKAN KELI KAMPUNG

IKAN KELI KAMPUNG ada berbagai spesis di seluruh dunia. Berikut merupakan spesis yang ditemui di kawasan Asia.

Ikan Keli Spesis Asia:

SUMBER:  http://en.wikipedia.org/wiki/Clarias

Berikut adalah salah satu spesis yang kami ternak di ladang ikan keli kami. Saya kurang pasti ia dari spesis mana, cuma orang panggil dia ikan keli kampung. Ianya agak berbeza sedikit dari ikan keli Afrika hibrid. Dari segi bentuk badannya agak memanjang berwarna agak kekuningan. Mempunyai corak titik-titik seakan-akan mata timbangan kati di badannya.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.com Ikan keli kampung ni agak agresif dan suka meloncat. Otot-otot badannya memang kuat. Dari khasiat, ikan keli kampung mempunyai unsur-unsur perubatan tradisional antaranya dapat mengembalikan tenaga, meningkatkan tenaga syawat (batin) lelaki. Mempunyai rasa yang lemak ikan keli yang asli. Bahagian yang paling lemak dan sedap ialah di bahagian sirip tepi dan sedap dibuat sup ikan keli. Patil ikan ini pula agak berbisa bagi sesetengah orang.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.comPengalaman kami membenih ikan ini secara aruhan, mendapati kantung spermanya agak kecil dan berwarna kemerahan. Kuantiti telur dalam anggaran 1000 – 3000 biji sahaja. Saiz telur agak besar sedikit berbanding telur ikan keli afrika hibrid. Kadar penetasan agak lambat melebihi 24 jam. Telur kuningnya besar. Rega agak lambat membesar tapi kanibal agak kurang.

Ikan keli kampung perlukan tempoh masa yang agak panjang berbanding keli afrika untuk membesar. Ianya perlukan masa paling kurang 8 – 12 bulan untuk dituai. Makanan yang paling digemari ikan ini ialah isi kelapa sawit tetapi ia dapat dilatih memakan pelet. Ikan keli kampung agak pemalu dan suka bersembunyi di sebalik rimbunan yang sejuk dan kurang cahaya.

Bekalan ikan ini sukar diperolehi dan hanya menunggu musim tertentu untuk mendapatkan bekalan. Inilah yang menyebabkan harga ikan keli kampung di Sabah tinggi iaitu sekitar Rm18.00 – Rm25.00. Manakala permintaan bagi ikan keli kampung senantiasa ada. Kaedah penjualan yang popular di sabah ialah menjualnya di tamu-tamu hujung minggu.

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN KELI KAMPUNGSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, May 3, 2012

SUP IKAN KELI

image 

SUP IKAN KELI, resipinya ini saya kongsikan dari blog http://abgjayrecipes.blogspot.com .

Resipi ini tentunya sangat sedap untuk anda mencuba.

Resepi saya kali ini ialah Sup Keli... Mendapat ilham sesudah merasai sup belut, jadi saya telah memodifikasi menu ini kepada sup ikan keli kerana isinya agak sama dengan belut... Hehehe~

BAHAN-BAHAN :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Serbuk lada hitam

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Bunga lawang

Daun bay

Bunjut sup

Ikan keli

Garam

Air

*bahan2 yang diwarnakan merah diatas perlu dikisar sekali...

**********

CARA-CARA MEMBUATNYA

Ikan keli yang telah dibasuh.

Antara bahan-bahan.

Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia ke dalam pengisar.


Kemudian diikuti serbuk lada hitam juga dimasukkan ke dalam pengisar.


Rupa bahan yang telah dikisar.. hehehe

Buka api dan panaskan periuk.

Masukkan minyak masak.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ke dalam periuk.

Biarkan sehingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

Bahan yang dimasukkan dikacau.


Ouh... terlupa... Masukkan daun bay juga... hehehe

Kemudian masukkan air ke dalam periuk.

Dan masukkan bunjut sup ke dalam periuk.

Garam secukup rasa.

Kemudian di kacau lagi.

Masukkan pulak ikan keli.

Diikuti daun sup.


Kuah sup dirasai dengan menggunakan sudu.

Tadaaaaa~ Masakan sedia untuk dihidang...

SUMBER: http://abgjayrecipes.blogspot.com/2010/10/sup-ikan-keli.html



Baca Selanjutnya.. (Read More)

SUP IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...