Wednesday, January 8, 2014

TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN

IKAN PUYU adalah sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar maupun dalam lingkungan
air payau, sangat mudah untuk membiak, membesar dengan cepat dan amat berpotensi dimajukan. Ini berdasarkan permintaannya yang sangat tinggi dalam pasaran tempatan.


IKAN PUYU YANG DITERNAK DALAM KOLAM 

Selain rasanya yang sangat sedap dimasak dengan apa jua jenis masakan, ikan puyu juga dipercayai dapat menghalang sebarang ilmu hitam. Oleh itu, ikan ini popular di kalangan peniaga untuk memelihara ikan ini dipremis mereka sebagai satu cara menghalang sebarang peristiwa yang disebabkan oleh perkara mistik.

Nilai kepercayaan dan rasa yang sedap serta mempunyai khasiat yang tinggi terutama mampu menyembuhkan penyakit kulit, inilah yang menyebabkan ikan ini sentiasa dicari menyebabkan harganya melambung tinggi.

Harga ikan puyu di sabah adalah antara Rm15.00 - Rm18.00 per kilogram mengikut saiz. Ikan puyu mampu mencapai saiz 500 gram sehingga sebesar tapak tangan dewasa. Namun ikan yang puyu yang dibesarkan dalam kolam kanvas mampu mencapai saiz purata sekitar 250 gram - 300 gram seekor. Pada usia 5 - 6 bulan, ikan puyu mampu membiak dengan anggaran telur yang dikeluarkan oleh seekor ikan betina dewasa sehingga 50,000 butir telur dengan kadar kejayaan penetasan sehingga 95% .

Rega ikan puyu diberi makan artemia selepas berusia 48 jam. Pengasingan mula dilakukan apabila rega berumur 3 minggu. Anak ikan puyu diasing mengikut saiz serta dibesarkan dalam kolam kanvas atau tangki poly dengan tingkat paras air  sekitar1 kaki. Ikan puyu yang bersaiz kuku mampu menelan pelet permulaan. Apabila mencapai umur 5 - 6 bulan, ikan puyu sudah boleh dituai untuk dijual sebagai ikan dewasa.


IKAN PUYU DEWASA

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan ternakan ikan puyu, perniagaan ini boleh juga bermula hasilnya dengan membekal anak ikan puyu kepada penternak yang lain. Harga bagi seekor anak ikan puyu bersaiz kuku jari telunjuk adalah sekitar 40 sen hingga 50 sen seekor. 




Baca Selanjutnya.. (Read More)

TERNAKAN IKAN PUYU BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKANSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, January 7, 2014

JANGGUT KELI

JANGGUT KELI yang dimaksudkan adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan suku kaum Brunei di pantai barat Sabah. Ramai juga yang tidak tahu dengan sayur ni hanya yang biasa mengambilnya saja yang tahu apa itu janggut keli. Ia sejenis tumbuhan yang hidup di paya-paya. Bentuknya yang seakan janggut keli dan mungkin kerana bentuknya itu penduduk tempatan memanggilnya janggut keli


SAYUR JANGGUT KELI


Sayur Janggut Keli sedap masak tumis berserta dengan keli salai. Sungguh enak menu istimewa orang Sabah yang jarang sekali kita ketahui. Bagi mereka yang sudah merasa keenakan sayur ini sudah tentu akan berusaha mencarinya.

SELAMAT MENCUBA  !!



Baca Selanjutnya.. (Read More)

JANGGUT KELISocialTwist Tell-a-Friend

KEPERLUAN BEKALAN IKAN KELI UNTUK RESTORAN-RESTORAN DI SABAH

SYUKUR alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2014, semoga tahun 2014 ini memberi nafas baru dan semangat baru kepada rakan ternak ikan keli khusus di Sabah dan di Malaysia amnya. 

Tahun ini diharap segala perancangan projek ladang ikan keli akan berjalan dengan lancar. Kami di Keli Sabah akan mengorak selangkah lagi dengan menambah beberapa kolam ikan keli di tapak baru. Disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan tidak pernah mencukupi. Ternyata pasaran ikan keli di Negeri Sabah sudah tidak asing lagi kerana banyak restoran-restoran menghidangkan menu istimewa ikan keli.

Sudah tentu permintaan pasaran ini merupakan satu PELUANG keemasan bagi penternak dan pembekal ikan keli. Pasaran ini dapat menyumbang pendapatan rakan ternak dengan lebih baik. Tinjauan yang kami buat pada tahun 2013, beberapa restoran meminta bekalan ikan keli yang banyak dan berterusan. Menu hidangan istimewa nasi penyet ikan keli sangat laris.

BERIKUT ADALAH DATA KASAR PERMINTAAN BEKALAN IKAN KELI SECARA PURATA:

RESTORAN : 300 KG PER MINGGU / RESTORAN
GERAI          : 100 KG PER MINGGU / GERAI
PENJAJA     :  100 KG PER MINGGU / PENJAJA

Tidak termasuk permintaan orang per seorangan, majlis kenduri-kendara, parti dan lain-lain. Selain ikan keli segar, permintaan ikan keli pekasam, salai dan kering, sejuk beku dan lain juga meningkat. 

Sudah tentu permintaan ini menaikkan semangat kepada penternak untuk melipat gandakan usaha agar pengeluaran hasil ikan keli dapat ditingkatkan.

Ikan keli jenis hibrid (clarias gariepinus) sangat mudah diternak kerana ia adalah sejenis ikan yang sangat cepat membesar dan tahan pada persekitaran. Sifatnya yang kanivora, menjadikan ia ikan yang kurang cerewet dalam soal pemakanan. Sisa dapur seperti sayur-sayuran pun boleh dijadkan sebagai makanan tambahan bagi ikan ini. Selain penggunaan pelet ikan, buangan dari ikan yang tidak dipakai seperti kepala ikan bilis, ikan buangan pun boleh menjadi santapan ikan keli.

Diharap, tahun 2014 ini akan bertambahlah pengeluaran ikan keli kerana peluang permintaan yang sangat tinggi dapat menjadikan industri ikan keli berkembang baik. 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KEPERLUAN BEKALAN IKAN KELI UNTUK RESTORAN-RESTORAN DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...