Saturday, September 19, 2009

DUIT DATANG DARI KOLAM


" 9 dari 10 rezeki ada dalam perniagaan" - sabda Nabi Muhammad S.A.W.

Sesuatu yang kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh akan memberikan pulangan pada kita. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal (D.U.I.T) adalah kunci kejayaan. Kesungguhan. minat dan ilmu adalah asas yang paling penting dalam mengusahakan bidang akuaklutur terutama ternakan ikan keli. Fokuskan kepada kejayaan dan jangan pedulikan gangguan-gangguan yang mungkin akan mengubah fokus anda. Jika anda telah pun membuat kiraan keuntungan di atas kertas, kenapa pula anda perlu berundur? Teruskan usaha dan fokus.

   



BISNES IKAN KELI




Permintaan ikan keli pada akhir-akhir ini semakin meningkat. Ikan lumpur yang dahulunya dipandang rendah kini mendapat tempat di hati pengguna dan harga pula semakin menaik. Dengan masakan yang pelbagai ianya menjadi kegemaran masa kini ditambah dengan khasiatnya yang tinggi menyebabkan permintaan semakin meningkat. Selain itu, ikan ini sudah mula diproses dengan pelbagai hasil seperti keropok, serunding, salai, bebola ikan, sardin dan sebagainya menyebabkan peluang semakin meningkat.

 

Dari segi harga,
Untuk harga Sabah agak sedikit beruntung kerana harganya yang agak tinggi. Untuk harga pasaran terbuka di Kota Kinabalu harga ikan keli hidup sahaja mencapai Rm18.00 hingga Rm20.00 sekilogram. Harga borong boleh mencapai Rm9.00 hingga Rm12.00 Sekligram. Harga anak benih pula boleh mencapai dari harga 25 sen hingga 40 sen bagi saiz 1 inci. Tambahan pula ikan ini mendapat sambutan kerana ia dijual paling segar dalam dunia iaitu dijual dalam keadaan hidup. Jika dibandingkan dengan ikan dari laut walaupun dikatakan baru ditangkap tapi ikan tersebut sudah mati dan di ais. Kalau di Kota Kinabalu, untuk mendapatkan ikan laut paling segar amat sukar dan paling dikhuatiri adalah hasil ikan yang dibom atau diracun dan tambahan pula dibubuh ubat agar ikan kelihatan segar tetapi sebaliknya sudah 2 atau 3 minggu dalam tong ais. Daripada 'survey' yang saya lakukan rata-rata akan memilih ikan yang hidup sebagai ikan yang betul-betul segar. Nah, inilah peluang yang menanti kita untuk bisnes ikan keli. Salah satu kebaikan ternakan ini, ikan keli tidak ada musim. Walaupun musim tengkujuh, kita tetap dapat memenuhi pasaran bekalan ikan. Bagi mereka yang mengusahakan
restoran atau gerai makan inilah peluang mereka menghidang menu masakan berasaskan ikan keli kerana bekalan yang tidak bermusim. Ditambah rasa ikan yang sedap, lembut, dan rasa unik ikan air tawar yang tidak ada pada ikan lain.

Bisnes ikan keli bagi saya adalah satu bisnes tidak ada penghujung. Selagi ada manusia, selagi itu permintaan ikan keli tetap ada. Pada masa sekarang pun, pihak kerajaan telah pun mempromosikan ikan air tawar khususnya ikan keli ke sekolah-sekolah dan kolej sekurang-kurang seminggu sekali. Berikut adalah petikan berita yang pernah disiarkan di utusan Malaysia:


Saji ikan air tawar di asrama

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 21 Jun - Kabinet bersetuju mewajibkan pihak pentadbiran asrama di sekolah, kolej dan universiti menyediakan satu hidangan berasaskan ikan air tawar sekali seminggu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nor Omar berkata, langkah itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu sebagai cara untuk mempromosikan ikan air tawar kepada generasi muda.
Bagaimanapun, jelasnya, syarat itu hanya ditetapkan kepada kontrak baru yang membekalkan makanan di institusi-institusi pendidikan terbabit.
''Pendekatan ini membolehkan usaha promosi ikan air tawar lebih berkesan dan generasi muda tidak merasa janggal dengan hidangan tersebut.
''Secara langsung dengan dasar baru berkenaan, masa depan industri akuakultur di negara ini akan berkembang dan bertambah baik,'' katanya.
Noh bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar di Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di Tapak Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Prof. Dr. Datin Aishah Salleh, timbalan menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha-usaha promosi tersebut kerana negara mengimport 350,000 tan ikan dan produk ikan air masin tidak kurang daripada RM2.2 bilion setiap tahun.
Ekoran itu, jelasnya, peningkatan sumber ikan terutamanya daripada industri akuakultur diharap dapat menjadi sumber pengganti kepada ikan basah yang diimport terutama menerusi Program Projek Berimpak Tinggi-Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA).
Antara projek ZIA adalah di Sungai Como, Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Temenggor (Perak), Tasik Pergau (Kelantan), Tasik Pedu (Kedah) dan Ulu Teriang (Negeri Sembilan).
''Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta untuk membina infrastruktur asas dan peralatan sokongan teknikal bagi menarik penglibatan sektor swasta dalam industri akuakultur yang telah dijadikan industri berimpak besar di negara ini.
''Ini semua melibatkan 28,000 kawasan di seluruh negara merangkumi darat, kawasan air tawar dan laut,'' ujarnya.
Malah, katanya lagi, bagi memastikan industri ikan air tawar terus terjamin, kementeriannya akan membentangkan Akta Bekalan Makanan Haiwan di Parlimen.
Menurut Noh, antaranya akta itu akan memastikan bahan makanan termasuk daripada ikan air tawar adalah bersih dan suci supaya tidak menimbulkan keresahan pengguna Islam.
Tambahnya, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman denda atau penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan.
''Di bawah akta itu juga, kita dapat membendung kegiatan dianggap sabotaj industri ikan air tawar seperti pernah berlaku terhadap penjualan ikan patin dan baru-baru ini ikan keli kerana ternakan tersebut telah diberi makanan daripada hasil haram dari segi Islam.
''Perbuatan ini mendukacitakan saya, tetapi dengan adanya akta ini, pihak yang didapati sengaja berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas kerana ia juga dianggap telah mensabotaj ekonomi negara,'' katanya.














DUIT DATANG DARI KOLAMSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...