Tuesday, September 15, 2009

INFO IKAN KELI

PENDAHULUAN
• Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika.
• Di perairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi.
• Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang diperolehi adalah sedikit.
• Bagi tujuan komersil ikan ini dibiakkan secara aruhan.
• Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat bulan.

BIOLOGI PEMBIAKAN
• Hanya hidup dan membiak di airtawar.
• mencapai kematangan pada umur 4 bulan dengan saiz badan antara 300-500 gram.
• Membuat sarang atau lubang di bawah akar.
• Pokok atau dicelah batu.
• Melekatkan telor pada rumput rumpai yang terdapat di dalam sarangnya.
• Membiak secara berpasangan pada waktu malam.
• Induk yang berumur lebih dari setahun dengan berat badan sekitar 1.0kg adalah sesuai untuk pengeluaran benih secara komersil.
• Pada saiz ini fekunditi induk betina ialah antara 30,000 hingga 50,000 biji telor.
• Bilangan telor ini adalah bergantung kepada saiz induk dan makanan yang diberi.
• Untuk mendapatkan benih yang banyak, pembiakan aruhan digunakan dalam pengeluaran benih ikan keli.
• Hormon yang digunakan ialah Ovaprim, Ovatide, Dome dan Dry Pituitary Gland ikan kap.
• Nisbah induk ikan keli jantan dan betina adalah 1:1.

PENYEDIAAN KOLAM
Dari aspek pelaksanaan:
• Sistem ternakan atau kaedah ternakan.
Sistem yang agak popular.
• Kolam.
• Sangkar.
• Kandang/pancang (pen-culture)
Pengkhususan kepada kolam tanah.
Penyediaan:
• Kolam baru bina.
• Kolam sedia ada/lepas tuai.

PEMBERSIHAN KOLAM
(Kolam lepas tuai)

Tujuan pembersihan kolam:
• Mengeluarkan pesaing-pesaing ikan ternakan.
- makanan
- oksigen

• Menjaga kualiti air
- membuang enapan dan tumbuhan air di dasar kolam yang tidak
menyumbang kepada faktor pembesaran ikan.
• Memusnahkan sarang/tempat perlindungan pemangsa.
• Cara pembersihan kolam:
- Manual:
- peralatan-peralatan yang ringkas.
- Mekanikal:
- Jentera.

KAWALAN PEMANGSA
Jenis-jenis pemangsa yang lazim di kolam:
• Ikan : haruan, ikan liar (sebarau)
• Haiwan : biawak, labi-labi, memerang.
• Burung : bangau, raja udang
• Serangga : anak pepatung.
Langkah-langkah kawalan:
• Sebelum memulakan ternakan:
- pemeriksaan sistem (cth: penapis air)
- racun (cth: dipterex, air sabun, sumithione)
• Semasa ternakan:
- pemasangan jaring.
- Membina pagar
- Cara teknikal lain yang difikirkan sesuai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MUTU AIR.
• Fotosintesis
• Suhu
• Oksigen terlarut
• PH air
• Plankton
• Ammonia
• Bahan buangan ikan

* mutu air boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam sistem ternakan
secara langsung (menyebabkan kematian) atau tidak langsung
(membantutkan pembesaran).
* Pengekalan mutu air yang baik dalam akuakultur memerlukan
pemahaman tentang komponen fizikal dan kimia air serta pengetahuan
tentang parameter mutu air yang ideal untuk spesies-spesies ikan yang
diternak.

PENGURUSAN MAKANAN IKAN
• Makanan merupakan elemen terpenting dalam ternakan ikan dalam sangkar.
Kos makanan adalah merupakan 60% dari kos pengeluaran.
• Ikan hanya mendapat makanan dari penternak dan sedikit sahaja dari habitat.
• Oleh itu, pembesaran ikan hanya bergantung kepada makanan yang diberi oleh penternak.
• Oleh itu, pengurusan makanan adalah penting dan penternak perlu mengetahui aspek pengurusan makanan yang betul dan berkesan.
• Pengurusan yang cekap akan memberi pulangan yang optima dan menguntungkan.

Jenis makanan.
1)makanan rumusan.
• Makanan rumusan dari bahan-bahan yang suci dan bersih.
• Makanan rumusan hendaklah tidak mengandungi bahan kimia & ubat-ubatan terlarang.
• Kandungan makanan rumusan (pellet) yang biasa diberi kepada ikan ternakan adalah terdiri dari

a. sumber protein terdiri dari
- tepung ikan (fish meal)
- hampas kacang tanah
- hampas kacang soya.
- Serbuk bulu

b. sumber karbohidrat
- dedak padi
- dedak gandum
- dedak barli

c. sumber lipid
- minyak ikan.
(komposisi kandungan makanan adalah bergantung kepada formula tertentu
mengikut kategori makanan yang dihasilkan.)

Faktor yang perlu difahami dalam menentukan kesihatan ikan.
• Keseimbangan persekitaran.
• Memahami faktor penyebab
• Perancangan untuk kesihatan
• Membezakan sakit dan sihat
• Mengenali penyakit
• Panduan rawatan
Tanda-tanda ikan sakit
a.Kelakuan
• Ikan tidak mahu makan
• Keadaan yang lemah
• Kurang aktif
• Melompat
• Berpusing/berenang tak tentu arah
• Bernafas cepat dari biasa (tutup insang bergerak cepat)
• Tercungap-cungap dan sentiasa berada dipermukaan air
• Kerap menggeselkan badan

b. Perubahan fizikal
• Perubahan warna keseluruhan atau sebahagian badan
• Pengeluaran lender badan yang berlebihan
• Sisik mula tertanggal
• Pendarahan pada kulit, pangkal sirip dan ekor
• Perut buncit
• Mata terjojol
• Reput sirip
• Insang pucat
• Terdapat bendasing pada badan




INFO IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...