Wednesday, September 16, 2009

Pengalaman pertama

Minat yang sangat mendalam terhadap ternakan ikan keli telah kuat mendorong saya untuk mencuba menceburi bidang ini. Minat ini datang ketika saya melawat kolam ternakan pakcik saya di kampung Binsulok dalam daerah Membakut di Sabah. Melihat kelibat ikan keli yang besar dalam kolam pakcik saya itu telah menimbulkan minat saya untuk mencuba menternak ikan keli ini. Pada awalnya, saya gunakan sebuah kolam konkrit yang saya pinjam dari ipar saya bersaiz 7 kaki X 7 kaki di bawah tangga. Beginilah rupa kolam yang saya maksudkan.
 




























Untuk projek pertama, saya telah membeli anak benih keli afrika (clarias gariepinus) sebanyak 600 ekor. Ini pun atas nasihat daripada pakcik saya agar mencuba sedikit dahulu. Sebab menternak ikan keli perlukan pengalaman dan pengetahuan yang cukup katanya. Tanpa pengalaman, saya pun memulakan ternakan dengan 600 ekor yang saya beli dari pakcik saya dengan harga 0.30 sen seekor. Saya pun tebarkan semua ikan dalam kolam. Makanan permulaan yang digunakan ialah telur kuning yang dihancurkan dan pelet yang dihaluskan. Saya memberi makan anak-anak ikan 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang. Pengalaman pertama yang saya dapati air kolam semakin hari semakin berbau, berbuih dan berminyak. Anak ikan pula mula mati setiap hari. Apa yang merisaukan, selepas air diganti, air tetap berbau terutamanya selepas 2 hari. Hinggalah pada suatu hari anak ikan keli saya mula mati beramai-ramai (sedihnya). Kejadian ini amat merungsingkan kepala, tetapi memandangkan ini pengalaman kali pertama saya dan langsung tiada pengalaman saya anggap ianya sebagai satu latihan. Saya mula mencari maklumat terperinci punca air yang berbau. Akhirnya saya mendapat satu maklumat yang menyatakan bahawa kandungan ammonia pada air kolam tersebut tinggi. Ianya disebabkan oleh mendapan bahan makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Pengetahuan itu jadi ilmu pada saya dan mula dari itu saya cuba memberi makan anak ikan keli saya sedikit-sedikit. Akhirnya saya dapati masalah tersebut makin berkurangan dan ikan dapat membesar dengan baik, syukur Alhamdulillah.






Keli mula membesar dengan sihat








Alhamdulillah selepas 45 hari diternak dengan sihat anak ikan keli yang pada asalanya bersaiz kurang 1 inci mula membesar ke saiz 5 inci.




Pengalaman pertamaSocialTwist Tell-a-Friend

2 comments:

Unknown said...

bro, kalo piara dalam air hijau kurang problem masalah ammonia. tapi dengan syarat mesti ada aeration :)

ndak apa ba, pengalaman :D

RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah said...

ya, saya fikir pun begitu juga. Lagi pun kena dedah dengan matahari sikit baru jadi air hijau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...