Saturday, September 19, 2009

Kualiti air untuk ternakan keli

Bagi kawan-kawan yang ingin berjinak-jinak dengan ternakan ikan keli ini, kualiti air perlu dititkberatkan. Kefahaman tentang kualiti air perlu ada dan saya nasihatkan banyakkan buat kajian, pembacaan dan sertai kursus ternaakan ikan. Sebab, dalam bidang ini, air adalah punca utama keberhasilan dan kejayaan. Jika aspek ini diabaikan maka musnahlah segala-galanya.

AIR HIJAU

Air hijau adalah air yang kaya dengan pytoplankton dan sangat baik utnuk membekal sumber protein kepada ikan. Air ini boleh dikultur untuk ternakan keli.



















Pra-kata
Bagi membantu para penternak ikan memahami dengan lebih baik mengenai sifat-sifat air yang secara langsungnya akan memudahkan para penternak untuk menguruskan aktiviti ternakan ikan masing-masing, disini diberikan sedikit nota yang diharap akan dapat membantu para penternak menjalankan usaha ternakan dengan lebih berjaya.
Sebagaimana yang diketahui, air adalah merupakan media untuk kehidupan ikan dan lain-lain organisma air, seperti juga udara kepada manusia dan lain-lain hidupan darat. Oleh itu adalah penting bagi para penternak memahami kehendak ikan (organisma air) yang diternak bagi mendapatkan hasil yang tinggi seperti yang diharapkan. Dibawah ini adalah perkara-perkara yang dijangkakan perlu untuk pengetahuan para penternak.

• Pengenalan
• Sifat-sifat fizikal air
• Keseimbangan air dalam ikan
• Punca-punca air
• Kuantiti air
• Kualiti air
• Faktor fizikal air
• Faktor kimia air
Pengenalan
Kepentingan kualiti air dalam akuakultur
Semua ikan, seperti juga semua organisma air, menjalankan semua fungsi kehidupan dalam air. Oleh kerana ikan amat bergantung kepada air untuk mendapatkan oksigen untuk bernafas, mencari makanan dan membesar, mengimbangi kandungan garam dalam badan, mengeluarkan bahan buangan dari proses perkumuhan, dan mengawan dan membiak, maka adalah penting bagi penternak memahami kualiti air, samada dari segi fizikal dan kimia, adalah kritikal bagi menentukan aktiviti akuakultur yang dijalankan dapat memberikan pulangan yang diharapkan. Kejayaan operasi akuakultur amat bergantung kepada kualiti air yang baik!!

Sifat fizikal air
Air merupakan satu media yang dapat menampung jumlah haba yang besar tanpa peningkatan suhu yang tinggi. Sifat ini dinamakan Dayatampung haba "heat capacity" yang mempunyai implikasi keatas ikan dan lain-lain organisma akuatik. Sifat ini dapat menjadikan air sebagai penampan kepada perubahan suhu yang luas. Semakin besar satu-satu badan perairan itu, semakin perlahan perubahan suhu boleh berlaku.

Keseimbangan air dalam ikan
Kebanyakan bahan buangan nitrogen oleh organisma darat adalah melalui buah pinggang. Sebaliknya, bagi ikan pula, fungsi mengeluarkan bahan nitrogen adalah melalui insang (ammonia adalah bahan utama yang dibuang!!). Insang ikan adalah amat telus kepada air dan garam. Kalau dilaut, kemasinan air adalah lebih tinggi dari bahan cecair ikan. Dalam persekitaran yang sedemikian, ikan air masin akan meminum air laut dengan banyak dan mengeluarkan sejumlah kecil air buangan yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi.
Bagi ikan-ikan airtawar pula, keadaan sebaliknya berlaku. Garam akan sentiasa dikeluarkan melalui insang dan sejumlah air yang banyak akan meresap masuk kedalam badan ikan melalui kulit dan juga insang ikan. Ini adalah kerana kepekatan garam dalam badan ikan adalah lebih tinggi dari kepekatan garam dimana ikan tersebut hidup. Bagi mengimbangi jumlah resapan air yang banyak, maka ikan airtawar akan mengeluarkan sejumlah air yang banyak melalui buah pinggang. Oleh itu, kita dapati kepekatan garam dalam air buangan ikan airtawar adalah amat rendah. Dengan memahami kepentingan menjaga keseimbangan air dalam ikan airtawar, maka kita dapat memahami kenapa sedikit garam perlu dilarutkan kedalam air yang digunakan untuk mengangkut ikan hidup dari satu tempat kesatu tempat yang lain.

Punca ( sumber ) bekalan air
Didalam aktiviti akuakultur, terutamanya yang dilakukan secara komersial, air selalunya adalah faktor penghad. Banyak faktor kimia dan persekitaran yang negative didalam operasi akuakultur berpunca dari dari sumber air yang digunakan. Oleh itu amatlah penting pemilihan tapak untuk aktiviti akuakultur dibuat berdasarkan kepada kualiti dan juga kuantiti air yang terdapat. Punca (sumber) bekalan air yang selalu digunakan untuk aktiviti akuakultur selalu diperolehi dari sungai, terusan, tasik/empangan, dan juga air bawah tanah.

Kuantiti air
Bagi memulakan sesuatu aktiviti akuakultur, ramai diantara para penternak kurang mengambil berat mengenai kuantiti air yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. Bagi penternak yang ingin menjalankan aktiviti akuakultur secara komersial, keperluan air hendaklah dijadikan salah satu dari faktor utama didalam peringkat perancangan lagi. Secara amnya, kadar aliran minima air (40 liter per minit) adalah diperlukan bagi permukaan kolam seluas 0.25 hektar. Dengan mengambilkira faktor ini, seseorang yang ingin menjalankan aktiviti ternakan seluas 25 hektar perlu memastikan bahawa keprluan air yang mencukupi dapat diperolehi (4000 liter per minit). Jumlah air yang bayak itu adalah bagi menggantikan jumlah air yang hilang melalui proses evaporasi dan juga resapan. Selain dari itu penternak juga perlu mengisi banyak kolam terutama semasa musim pembiakan (kepada yang menjalankan aktiviti pembiakan selain dari ternakan!). Bagi sistem ternakan dalam "raceway" kadar aliran air yang sesuai adalah pada tahap 2000 liter per minit. Juga bagi sistem ternakan ikan secara air pusingan "recirculating system" memerlukan jumlah air yang agak banyak. Sekurang-kurang nya 5 - 7 % air perlu ditambah!

Faktor fizikal air dan Suhu
Selepas kandungan oksigen terlarut, suhu air merupakan satu faktor yang penting kepada ikan. Ikan adalah organisma berdarah sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya (air). Suhu air akan memberi kesan keatas aktiviti, pergerakan, makan, tumbesaran dan pembiakan semua ikan. Kadar metabolik ikan akan berganda setiap peningkatan suhu sebanyak 18o F. Secara amnya julat suhu yang sesuai bagi ikan-ikan dikawasan tropika adalah diantara 75 - 90 F (23.8-32.2o C).
Suhu air juga memainkan peranan didalam menentukan jumlah gas (oksigen, karbon dioksida, nitrogen,dll) yang boleh terlarut didalam air. Semakin sejuk air semakin banyak kandungan gas yang dapat terlarut. Suhu juga memainkan peranan didalam proses stratifikasi termal "thermal stratification". Keadaan sedemikian berlaku selalunya dibadan-badan perairan yang besar dan dalam, misalnya tasik/empangan. Bagi para penternak yang menjalankan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar harus mengambil berat mengenai perkara ini. Air yang lebih sejuk adalah lebih berat dari air yang panas. Perbezaan yang sedemikian akan menyebabkan air tadi tidak dapat bercampur. Kandungan oksigen didasar tasik/empangan adalah lebih rendah (kandungan oksigen terlarut boleh menurun sehingga <1 h20 ="="="(cahaya"> CH2O + O2
bahan (pigment) yang bertanggungjawab dinamakan chlorofil
Disebabkan oleh proses fotosintesis ini bergantung kepada cahaya matahari, kandungan oksigen yang tinggi akan didapati didalam air kolam pada waktu selepas tengahari ( antara pukul 3 - 5 petang !! ). Pada waktu malam, fotosintesis tidak akan berlaku !! Sebaliknya pula, proses respirasi pula akan menjadi proses utama didalam kolam. Proses ini akan menggunakan oksigen yang ada dan akan mengeluarkan karbon dioksida. Harus diambil perhatian, proses respirasi ini sebenarnya berlaku setiap ketika, tidak terkecuali waktu siang, tetapi masalah kekurang oksigen untuk respirasi tidak berlaku kerana oksigen banyak dikeluarkan !! Masalah akan timbul diwaktu cuaca mendung yang berpanjangan. Para penternak harus bersedia bagi menghadapi masalah kekurangan oksigen didalam kolam ternakan.








Kualiti air untuk ternakan keliSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...