KOS PENTERNAKAN ikan keli bergantung kepada kemahuan penternak itu sendiri. Ada sesetengah penternak ingin membina kolam yang lebih kukuh seperti kolam konkrit. Ada sesetengah penternak mahu kolam yang luas seperti kolam tanah.
Sebenarnya itu terpulang kepada anda untuk melaburkan modal anda terhadap ternakan ikan keli.
Bagi mereka yang rasa keliru mana satu kaedah terbaik, di sini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin akan menjadikan anda membuat keputusan.
1. Jika anak benih ditebar dalam satu kolam yang luas, hasilnya akan berkurangan disebabkan sukar untuk memantau. Anak benih perlu digred dalam tempoh 2 minggu.
2. Menebarkan benih dalam satu kolam mempunyai risiko yang tinggi, seandainya kolam tercemar atau serangan penyakit?
3. Menebar dalam satu kolam yang luas, kebaikannya ikan cepat membesar tapi sukar untuk kerja-kerja penuaian.
4. Kolam yang besar agak lambat untuk diservis, isi air pun lambat, buang air pun lambat.
5. Menangkap ikan menggunakan sauk di kolam yang luas amat sukar.
6. Kolam yang besar kos pembuatannya agak besar.
7. Kolam konkrit perlu matikan simen sekurang-kurangnya 2 minggu
8. Kolam konkrit dan tanah tidak dapat dipindah lokasi.
9. Kolam tanah bergantung kepada kondisi air sekitaran. Jika air berasid mungkin tidak sesuai untuk keli.
Namun, saya tidak dapat menyatakan kolam konkrit atau kolam tanah tidak sesuai, itu bergantung kepada kekuatan modal penternak. Apa yang penting di mana-mana media yang kandungan airnya sesuai, ikan keli akan tetap membesar.
Saya tetap menggunakan kolam kanvas atas sebab ia agak murah, mudah dipindah, mudah dipasang.
Baca Selanjutnya.. (Read More)