Tuesday, April 17, 2012

INFO KELI

INFO: IKAN KELI merupakan ikan yang hidup di air tawar. Ikan yang tidak bersisik dan sangat lincah. Ikan ini merupakan haiwan yang sangat aktif terutama pada waktu malam. Merupakan haiwan karnivora iaitu pemakan segala.

INFO: Spesis keli afrika Clarias gariepinus mencapai pertumbuhan pembesaran yang sangat cepat berbanding keli tempatan. Menurut pemerhatian, berat keli afrika yang berumur 2 hari boleh mencapai berat 1 – 3 gram, umur 5 minggu mencapai 10 – 15 gram dan umur 24 minggu boleh mencapai berat 180 gram – 200 gram.

ikan keli - KELI SABAH

INFO: Ikan keli boleh mengeluarkan telur yang sangat banyak. Seekor keli afrika dapat mengeluarkan telur 8,000 hingga 10,000 butir. Satu kiraan telah dilakukan ketika saya menghadiri latihan di Universiti Malaysia Sabah mendapati seekor ikan keli yang berat lebih 1 kilogram dapat menghasilkan sehingga 100 ribu butir telur. Cuba bayangkan betapa banyaknya anak keli nanti. Tetapi ikan keli kampung tempatan hanya dapat menghasilkan telur dari 1,000 butir sehingga 4,000 butir sahaja.

INFO KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...