BENIH IKAN PUYU dapat dihasilkan dengan kaedah pembenihan ikan puyu secara semulajadi tanpa perlu melakukan pengurutan. Kaedah ini hanya memerlukan sepasang ikan puyu jantan dan betina yang sudah matang. Pembiakan ini dilakukan dengan cara membuat suntikan hormon dan lakukan pembiakan secara semulajadi. Peratus keberhasilan adalah 50:50 mengikut peratus ketepatan masa mengawan. Ia bergantung juga kejayaan induk jantan mengeluarkan sperma untuk membuahi telur. Jika tidak, pembenihan akan gagal.
Namun para penternak tidak perlu risau terhadap peratus penetasan yang sangat tipis sebab ia boleh diatasi dengan cara menambah nisbah jantan berbanding betina. Di sini saya menggunakan nisbah 5:2 iaitu 5 jantan dan 2 betina. Perkara yang sangat penting ialah menentukan jantina ikan puyu ini sebelum melakukan proses pembenihan. Pastikan 5 ekor adalah jantan, manakala 2 ekor adalah betina yang sarat mengandung telur.
Perkara yang selalu merumitkan para penternak yang ingin melakukan proses ini ialah menentukan ikan puyu jantan. Pada kebiasaannya, puyu jantan bersaiz lebih kecil berbanding betina. Bentuk badan meramping dan alat sulit akan mengeluarkan cecair putih apabila diurut perlahan-lahan secara lembut menggunakan ibu jari. Manakala ikan puyu betina bersaiz lebih besar berbanding jantan. Perut agak membuncit dan alat sulit akan mengeluarkan beberapa butir telur apabila diurut dengan kaedah yang sama dilakukan kepada puyu jantan. Kemudian, induk ikan puyu ini akan disuntik dengan menggunakan hormon ovaprim sebanyak 0.05 ml sahaja. Suntikan dilakukan di bahagain punggung ikan, selari dengan arah kepala. Lakukan tusukan jarum suntikan pada kedudukan 45 darjah dan tekan picagari perlahan-lahan sehingga hormon masuk 100%. Dengan menggunakan jari, tutup bahagian suntikan, manakala jarum suntikan ditarik perlahan-lahan. Buat proses ini kepada semua induk jantan dan betina.
Proses seterusnya, lepaskan induk jantan dan betina ke satu bekas dan biarkan selama 24 jam. Biasanya, telur akan dilepaskan oleh betina dan disenyawakan oleh kemasukkan sperma jantan ke dalam telur betina.
Kalau tiada halangan, inilah hasilnya. Di bawah ini kelihatan telur ikan puyu mulai menetas satu persatu selepas pembuahan telur selama 24 jam.
Yang hitam-hitam tu adalah anak puyu yang baru saja menetas. Panjangnya sekitar 2 mm dan masih lemah. Ia nampak tak bergerak, cuma beranjak sedikit apabila disentuh.
Dan selepas sebulan, hasilnya akan nampak seperti di bawah:
Anak ikan puyu mulai membesar dari saiz 2mm ke 2 cm.
1 comments:
Assalam n selamat petang,sy nak tanya. Apakah yang perlu dilakukan kepada ikan puyu betina apabila perutnya sudah besar, adakah perlu biarkan shj dgn puyu jantan atau apa yang perlu dilakukan..first time sy dpt tgk ikan puyu betina sy mengandung
Post a Comment