Thursday, April 26, 2012

PEMANGSA IKAN KELI

PEMANGSA IKAN KELI merupakan musuh yang perlu dihindari oleh penternak ikan keli. Pemangsa luar ini biasanya akan datang  secara terbang, merayap, berenang dan berjalan.

Amat sukar dijangka kehadiran mereka, tetapi kita boleh menghalangnya dengan kebijaksanaan penternak itu sendiri. Setiap pemangsa, walaupun licik tetap ada kelemahannya.

Mari kita lihat satu persatu, siapakah pemangsa paling glamour yang biasanya menjadi musuh kepada penternak ikan keli.

BURUNG HELANG

burunghelang

Burung helang mempunyai kelebihan memangsa dari udara. Penglihatannya yang sangat tajam membolehkan ianya dapat mengesan kelibat ikan di bawah air. Jumlah yang dapat dimangsa mungkin hanya 0.01% sahaja. Sebab burung helang hanya menyambar seekor ikan dalam satu-satu masa.

BURUNG RAJA UDANG

burungrajaudang

Burung raja udang mempunyai kelebihan memangsa ikan keli dari atas dahan yang tinggi. Burung ini juga mempunyai penglihatan yang sangat tajam. Ia akan menyambar ikan di bawah air dari atas dahan. Jumlah yang mungkin dapat dimangsa sama seperti helang. Sebab burung ini hanya memangsa seekor ikan pada satu-satu masa.

BURUNG PUCUNG

burungpucung

Hati-hati terhadap burung ini kerana ia boleh memangsa anak ikan keli anda sehingga habis. kelebihan burung ini ialah ia akan berada dalam kolam sambil mengutip anak ikan keli anda sehingga kenyang.

BURUNG BANGAU

burungbangau

Burung bangau sama bahayanya dengan burung pucung kerana ia akan mengutip anak ikan keli anda sehingga 100%. Ia akan mengutip anak keli anda sehingga lesap semuanya. Burung bangau akan datang berkawan-kawan. Kemampuan burung ini akan dapat melesapkan anak keli anda tidak sampai beberapa jam.

BURUNG WAK-WAK

burungwakwak

Burung wak-wak juga adalah sejenis burung pemakan anak ikan. Ia akan memangsa anak ikan keli anda satu persatu.

BURUNG HANTU

burunghantu

Burung hantu juga merupakan pemangsa ikan keli tetapi peratusnya agak rendah kerana burung ini hanya memangsa seekor ikan dalam satu-satu masa. Biasanya burung ini akan memangsa pada waktu malam.

BIAWAK

biawak

Biawak akan masuk ke kolam keli anda dan memangsa ikan keli. Ia hanya memangsa ikan keli anda secara berenang dalam air. Peratus mangsa agak rendah tetapi boleh bertindak agresif dan memangsa lebih banyak jika tidak dikawal.

MEMERANG

memerang

Memerang merupakan haiwan yang agak merbahaya kerana ia sangat cekap di dalam air. Boleh memangsa ikan keli anda sehingga 100% sebab haiwan ini akan masuk satu keluarga ke dalam kolam keli anda.

ULAR

ular

Ular juga boleh memangsa ikan keli anda. Tapi kemampuan untuk memangsa ikan keli agak sedikit.

KATAK

katak

Katak boleh memangsa anak ikan keli yang masih kecil. Tapi jika ia masuk ke dalam kolam ikan keli yang dewasa, kemungkinan besar ia pula akan dimangsa.

MANUSIA PENCURI

pencurikeli 

MANUSIA PENCURI Sejenis mamalia berkaki dua yang sangat-sangat merbahaya berbanding haiwan-haiwan di atas. Mamalia ini diciptakan Tuhan mempunyai jiwa pencuri. Ia sangat merbahaya kerana bukan saja ia boleh melesapkan keli anda tetapi juga merosakkan kolam keli anda. Ikan keli yang dimangsa akan dijual untuk menampung kehidupannya sebagai sipencuri.

CARA MENGATASI PEMANGSA DI ATAS

Semua pemangsa di atas KECUALI si pencuri dapat dia atasi dengan menggunakan pukat sebagai penghadang. Tetapi untuk si pencuri, anda perlu pasang CCTV atau simpan pengawal untuk menangkap atau menembak si pencuri tersebut.

Technorati Tags:

PEMANGSA IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...