Sunday, December 20, 2009

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010

SELAMAT tahun baru kepada semua penternak ikan keli di seluruh dunia (di Malaysia khususnya) semoga tahun baru yang kita tempuh akan memberi semangat baru bersama azam baru yang lebih mantap berbanding tahun yang sudah. Semoga di tahun baru ini akan bertambahlah hasil ikan keli yang diternak, insya Allah. Semoga projek akan berkembang dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin melonjak. Ingatlah, manusia semakin hari semakin bertambah, ini bermakna keperluan makanan turut bertambah khususnya permintaan ikan yang membekalkan protein untuk manusia. Ingatlah, cuaca dunia semakin panas akibat kerakusan manusia menyebabkan lautan semakin terancam. Ikan di laut berkurangan kerana terumbu karang semakin musnah. Sungai tercemar akibat sisa-sisa toksik hasil buangan industri. Manusia pula perlu makan ikan segar. Oleh itu, kitalah menjadi peranan di tahun baru ini sebagai penternak untuk memenuhi keperluan protein khususnya di Malaysia. Semoga usaha kita semua akan membantu negara mengurangkan kebergantungan import ikan dari luar, insya Allah. Jadilah penternak yang beretika dan mengamalkan cara ternakan yang sihat, mesra alam dan yang paling penting 'halal'. 

SEBAGAI penternak, jangan takut kepada kegagalan kerana selepas itu anda akan berjaya.
 Berikut adalah kata-kata hikmah untuk dikongsi bersama yang aku petik daripada buku catatan harianku. Renung-renungkanlah.


"kejayaan adalah hasil usaha selepas mengatasi kegagalan"

"atasi kegagalan menuju kejayaan"

"kegagalan adalah hasil usaha kita menuju kejayaan" 

"semakin banyak mencuba, semakin banyak kita temui kegagalan dan semakin kita atasi kegagalan itu semakin banyak formula kita temui dan semakin mudah kita menuju kejayaan"

"orang yang berjaya adalah orang yang telah mendapat banyak kaedah mengatasi masalah selepas mengatasi banyak kegagalan"

"orang yang gagal dan bangun semula adalah orang yang akan berjaya"

"orang yang tidak menemui kegagalan adalah orang yang malas mencuba"

"jika setiap usahaku belum menemui kegagalan aku belum dapat mengatakan usahaku itu satu kejayaan"

"kegagalan Vs Kejayaan"

"orang yang malas, bukanlah orang yang gagal dan bukan pula orang yang berjaya"

"orang yang berani gagal adalah orang yang berani untuk berjaya"

"kejayaan itu ada dalam kegagalan, oleh itu carilah dan atasi kegagalan dan anda akan berjaya"

"orang yang takut gagal adalah orang yang tidak akan pernah berjaya"


"Kejayaan itu bermula dari kegagalan"


"jangan takut buat silap, kerana selepas itu anda akan pandai"


"orang yang takut buat kesilapan adalah orang yang tidak akan pandai-pandai"


"jangan malu buat silap tapi malulah kerana anda takut mencuba"


banyak lagi kata-kata hikmah yang kucatit semasa proses pembelajaran ku sebagai penternak keli, insya Allah nanti akan ku tambah dari masa ke semasa khusus untuk penternak keli seluruh dunia.


SELAMAT TAHUN BARU


Ikhklas: En. man (KELI SABAH)






 





Baca Selanjutnya.. (Read More)

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010SocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, December 12, 2009

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETAS

REGA ikan keli yang berjaya saya tetaskan baru berumur 5 hari hasil perkhawinan induk tempoh hari dengan kaedah pembenihan aruhan. Beginilah rupa bentuknya dengan saiz mencapai 5 mm, rega yang baru menetas berukuran 3 mm pada hari penetasan dan berwarna hijau jernih, susah nak nampak.


Amacam comel tak, he he keciknya.....



 

Selepas 2 minggu rega ikan ini bolehlah melalui proses penggredan untuk memisahkan anak benih gred A, gred B dan C. Anak benih dalam gred A ialah anak benih yang tumbesarannya agak cepat. Biasanya penternak akan menyimpannya untuk calun induk kerana tumbesarannya yang agak baik. Manakala gred B adalah benih yang pembesaran yang normal dan biasanya inilah yang akan diternak untuk pasaran. Manakala yang berada dalam gred C pembesarannya agak lambat. 
-----------------------------------------------------------------------------------
Kawan-kawan penternak ikan keli khususnya di Sabah yang memerlukan anak benih ikan keli afrika (clarias gariepinus) bolehlah hubungi saya : 019-8428689 (en. Man), harga boleh dirundingkan.







Baca Selanjutnya.. (Read More)

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETASSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, December 1, 2009

PROJEK KELI AFRIKA (kelisabah) : PEMILIHAN INDUK UNTUK PEMBENIHAN

HARI ni 1 Dec 2009, admin kelisabah agak sibuk sikit sebab nak cari induk yang paling sesuai untuk buat pembenihan. Cari punya cari, akhirnya bertemu juga dengan induk yang paling sesuai, matang dan sihat wal-afiat. Ni gambarnya....


Air kolam induk dikeringkan, saja untuk bagi dia jemur-jemur sikit sebab dah lama berendam dalam air..he..he. Rata-rata induk dalam kolam sudah menjangkau umur lebih 8 bulan dengan berat purata 1 kilogram. Saiz ni sebenarnya sangat sesuai untuk pembenihan sebab nak guna hormon pun sikit ja lebih kurang 0.5 ml/kg kalau guna ovaprim.


Inilah pasangan sejoli yang akan kita kahwinkan iaitu  dua ekor induk jantan dan betina yang bakal di benihkan. Harap-harap dia suka dengan pasangannya, kalau dia ndak suka  pun apa boleh buat, bukannya ada apa-apa pun, tapi kesian yang jantan sebab dia kena berkorban untuk si betina.

  


Tengok sikit badan dia, cantik berkilat. Terasa pula nak salai induk ni... sabar..sabar.... kuatkan iman dan tahan selera..

 




Amacam dia punya saiz o.k kah? Yang ini berat dia baru 1.4 kilogram, jantina: betina, umur 8 bulan lebih, masih bujang dan belum pernah dibenihkan. Tengok tu nampak jinak ja.






Yang ini pasangan dia, jantina: jantan, berat 1.3 kilogram, umur 8 bulan lebih, juga masih pertama kali dibiakkan. Harap-harap dia punya sperma matang. Sebab, untuk kejayaan dalam pembenihan, induk jantan kena betul-betul matang bertujuan untuk mempersenyawakan telur betina.



Tengok mukanya, selamba je... 

Ok, nanti kalau dah menetas saya akan uploadkan gambar anak-anaknya.










Baca Selanjutnya.. (Read More)

PROJEK KELI AFRIKA (kelisabah) : PEMILIHAN INDUK UNTUK PEMBENIHANSocialTwist Tell-a-Friend

Friday, November 27, 2009

KOLAM KELI TEPI RUMAH KELUARKAN HASIL

LUMAYAN, itulah yang mungkin saya dapat ungkapkan apabila kolam kecil tepi rumah pun dapat mengeluarkan hasil. Ini merupakan sebahagian kecil hasil kajian saya tentang ternakan ikan keli afrika ini. Kerana dengan teknik yang betul, kolam hanya perlu isi air sekali sahaja tanpa perlu ditukar-tukar dapat menghasilkan ikan keli yang gemuk-gemuk belaka. Makanan cuma pallet (starter dan grower) yang biasa sahaja tapi dapat menghasilan ternakan ikan keli hingga mencecah berat 150 gram seekor dengan hanya menternak selama 30 hari bermula dari saiz 3 inci. Kerjanya cukup mudah, hanya beri makan ikan keli setiap hari pada waktu pagi dan petang hingga ke hari penuaian. Makanan cuma perlu ditambah sedikit demi sedikit apabila saiznya semakin meningkat. Peluang yang perlu kita nampak adalah begini: sedangkan kolam tepi rumah pun boleh dapat hasil apatah lagi di kawasan projek yang lebih luas dengan menggunakan teknik yang serupa.

Syukur kepada tuhan kerana hasil usaha saya yang tidak berhenti-henti dalam pemeliharan ikan keli ini akhirnya menemukan saya dengan teknik luarbiasa yang dapat mendatangkan hasil. Selama 8 bulan saya menyelidik akhirnya saya mampu membenihkan sendiri ikan keli ini dan bercadang membuka projek yang lebih luas. Apa yang saya harapkan ialah 'networking' bersama penternak lain untuk memajukan bisnes ini di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kami juga bercadang akan memajukan bisnes ikan keli ini dalam penghasilan produk ikan seperti keropok ikan, nugget ikan, bebola ikan, kek ikan, sate ikan dan lain-lain.

Inilah hasilnya,

Admin KELI SABAH bersama hasil keli,




Bersama ikan keli yang diternak selama 30 hari (dari saiz 3 inci) di kolam kecil tepi rumah
...sekarang dah besar-besar.
Ini hasil kolam yang saya tuai sehari sebelum Hari Raya Korban 2009 (kelmarin- 26/11/2009). Sempat juga nak jual sebab ada taukeh nak borong, jual aje lah bila lagi.. he .. he.. dapat duit raya lagi





Amacam, saiz ni ok tak... boleh masak lemak cili api ni... WOW seronok nya !!
 









Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOLAM KELI TEPI RUMAH KELUARKAN HASILSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, November 22, 2009

MOINA: MAKANAN ALAMI REGA IKAN KELI

MOINA, mungkin ramai juga penternak terutama penternak-penternak ikan keli yang baru menceburi bidang ini tidak tahu apakah itu moina. Moina merupakan sejenis zooplanton yang sangat kecil juga digelar 'kutu air'. Ianya amat sesuai sebagai makanan rega ikan keli yang berumur 4 hari hingga 7 hari. Namun usah bimbang, kalau tiada moina, anda boleh beri makan rega ikan keli anda dengan telur rebus yang dihancurkan ataupun pallet yang dikisar halus sehalus tepung. Tetapi penggunaan moina ini sangat bagus untuk pembesaran rega kerana ianya mengandungi protein yang cukup.

Dimana hendak mendapatkan moina?

Moina biasanya didapati di kawasan air yang bertakung terutamanya sekali di kawasan air kumbahan. Berwarna agak kemerah-merahan jika dilihat dengan mata kasar. Untuk memperolehinya kena cari pada awal pagi sbelum matahari meninggi, kerana ianya akan mula berenang ke bawah atau dasar kolam menjelang matahari terik. Peralatan yang harus anda gunakan untuk mengambil moina ini adalah penyeduk dengan jaring yang sangat halus.

Moina sebenarnya boleh dibiakkan dengan cara menyediakan sebuah takungan dan sebungkus tahi ayam yang direndam ke dalam bekas tersebut kemudian biarkan beberapa hari. Perhatikan setiap hari kalau-kalau sudah terdapat moina.





Ini adalah gambarajah moina untuk rujukan anda




PENGKELASAN MOINA

Phylum : Arthropoda
Subphylum : Crustacea
Class : Branchiopoda
Suborder: Cladocera
Family : Moinidae







Baca Selanjutnya.. (Read More)

MOINA: MAKANAN ALAMI REGA IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Friday, November 13, 2009

TIPS MENJADI PENTERNAK IKAN KELI YANG BERJAYA

"BUKAN SENANG HENDAK SENANG", itulah ungkapan yang sering kita dengar. Memang betul, segala-galanya perlukan pengorbanan anda untuk menuju kesenangan. Begitu juga hendaknya untuk menjadi seorang penternak ikan keli yang berjaya. Anda perlu ada pengorbanan terutama dari segi masa dan wang ringgit. Kemudian diikuti dengan minat yang mendalam serta tahan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi. Mereka yang mula untuk menceburi bidang ini tentunya akan menemui sedikit kegagalan mungkin disebabkan ilmu yang belum cukup serta tiada pengalaman. Bukan untuk mematahkan semangat anda tetapi ini adalah hakikat yang perlu diterima. Walau apa bidang sekali pun kesemuanya perlukan ilmu, ketahanan serta semangat yang jitu untuk berjaya. Anda berpegang kepada cita-cita anda dan cita-cita itulah sebagai perangsang utama anda terus fokus ke arah matlamat anda.

Sebagai seorang yang akan menjadi penternak berjaya, persediaan ilmu sangat-sangat penting. Anda terpaksa atau tidak kena sentiasa membuat sedikit kajian demi kajian sehingga segala kegagalan dapat diatasi. Carilah seberapa banyak maklumat untuk melengkapi pengetahuan dalam bidang penternakan ikan keli dari masa ke semasa. Inilah usaha yang saya lakukan pada setengah tahun yang pertama di mana saya lebih banyak mencari jalan penyelesaian setiap masalah yang ditempuhi. Serta saya sendiri telah membuat sedikit kajian terutama daripada daripada permasalahan air, penyakit dan sebagainya. Saya pasti, anda juga akan bertemu dengan masalah-masalah yang akan merungsingkan anda. Tetapi anda perlu ingat, setiap masalah ada jalan penyelasaiannya. Setiap jalan penyelesaian adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Mungkin anda akan menemui jalan yang terbaik daripada yang saya lakukan.

Jangan lupa, untuk menjadi seorang penternak yang berjaya anda perlulah banyak bertanya terutama sekali kepada otai-otai penternak ikan keli kerana mereka lebih banyak pengalaman. Jangan malu bertanya, sebab otai-otai pun bermula daripada '0' (kosong). Tiada siapa pun yang dilahirkan pandai dimuka bumi melainkan melalui proses pembelajaran yang berterusan. Sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun menerima tunjuk ajar daripada Allah S.W.T melalui perutusan malaikat Jibrail dari masa ke semasa. Jangan jadi 'bodoh sombong' kerana inilah yang akan memabantutkan pengetahuan anda kerana anda menganggap diri sudah pandai dan tidak mahu menerima teguran orang lain.

Di sini ada beberapa Tips yang boleh dikongsi oleh penternak ikan keli terutama sekali penternak ikan keli yang baru bermula.

TIPS 1: PROJEK KALI PERTAMA MULAKAN DENGAN SEDIKIT

Kenapa sedikit? Sebabnya anda baru bermula. Jika anda adalah penternak yang baru bermula dan merupakan pengalaman pertama atau projek pertama, anda juga melabur sebahagian besar modal anda kerana melihat ianya satu projek yang sangat menguntungkan serta memberi pulangan yang cepat, terus terang saya katakan anda silap langkah. Katakanlah anda telah laburkan modal sebanyak Rm20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) banyak tu dan ditakdirkan anda salah teknik menyebabkan 80% ternakan anda mati, saya tidak akan silap mengatakan anda akan menyumpah dan menendang kolam kanvas anda sekuat hati. Anda akan berkata "ikan keli ini bukan bidang aku dan inilah projek pertama dan terakhir !!". Sayang, anda tersilap. Orang putih ada berkata "jangan letak telur dalam satu bakul". Oleh sebab itulah, saya sarankan anda bermula dengan sedikit, jangan ikut nafsu sebab belum ada pengalaman. Saya tekankan, pengetahuan dengan membaca nota atau buku sahaja belum mencukupi, mahu tidak mahu anda kena hadapi latihan secara amali. Ramai penternak yang gulung tikar sebab perkara ini, terus mencuba dengan modal yang besar. Lagi satu, jangan pula anda terpedaya dengan janji pihak-pihak yang cuma menawarkan pembelian alat yang konon-kononnya dapat memberikan hasil yang lumayan tetapi sebalik hanya mengambil keuntungan penjualan alat. Untung entah ke mana, ikan keli entah ke mana. Oleh itu, mulakan dengan sedikit serta buat sedikit kajian dan cari jalan penyelesaian setiap masalah yang dihadapi. Buat catitan dan jangan lupa cari seberapa banyak maklumat dan rajin-rajinlah bertanya. Anda pasti tidak akan kecewa. Saya tidak akan dapat terangkan satu persatu apa masalah anda melainkan anda sendiri akan bertemu dengan masalah tersebut secara amali dan cari jalan penyelesaian atau bertanya pada yang pandai. Percayalah, pengetahuan anda akan bertambah dan anda akan jadi pakar. Barulah rancang untuk buat projek besar, betul tak.

TIPS 2: BIAR BANYAK KOLAM

Ini penting. Ada orang kata tebar dalam satu kolam tu lebih baik. Satu kali boleh tebar sampai ratusan ribu anak benih. His..his.., saya ulang balik kata pepatah orang putih tu "Jangan letak telur dalam satu bakul". Oleh kerana bidang ini berkaitan benda hidup jangan letak risiko dalam satu kolam. Kenapa? Banyak jawapan untuk perkara ini antaranya, katakanlah kolam anda telah tercemar dengan bahan kimia atau sebagainya. Jawapannya 100% K.O!. Kalau ini terjadi, bagaimana keadaan anda, kesian kan. Bukan itu sahaja, untuk servis kolam atau penuaian hasil pun anda akan mengalami banyak masalah, sebab kolam terlalu besar, kolam tanah lagi, nak keringkan air satu hal nak tambah air pun satu hal juga. Anda sukar untuk memantau terutama sekali masalah penyakit, pengawalan kualiti air dan saya pasti anda akan menerima hasil dalam sekitar tidak sampai 40% kerana bukan sahaja masalah air tercemar malahan anda tidak dapat mengawal kematian ternakan ikan keli yang disebabkan masalah kanibalisme yang perpunca kerana tidak melakukan penggredan.

Jadi, penggunaan kolam kecil terutama sekali kolam kanvas akan memudahkan anda memantau ternakan anda. Masalah penyakit senang dikawal. Katakan anda mempunyai 10 kolam ternakan dan 1 daripada kolam terkena penyakit, anda masih ada 9 kolam yang dapat memberikan anda pulangan. Kawalan dari segi mutu air senang dikendalikan. Kalau tidak percaya anda cuba dan anda akan berpuas hati.

TIPS 3: BUAT PENGGREDAN

Kelompok yang besar dengan yang besar, yang kecil dengan kecil. Setepat mana dan serajin mana anda buat pengasingan kelompok, akan meningkatkan hasil ternakan anda. Sebab, selain masalah air, penyakit keracunan dan sebagainya, inilah masalah yang sering menimbulkan kontroversi antara penternak dan ternakan ikan kelinya. Asalnya saya tebar 1000 ekor, hasilnya tinggal tidak sampai 400 ekor, paling sedih tidak sampai 200 ekor. Kemana ghaibnya, jangan-jangan kena curi? Akhirnya timbullah fitnah.  Hati-hati, kerana ikan ini nampak lembut tapi sebalik pemangsa yang cekap dan yang lebih sadis lagi yang dimangsa adik beradiknya sendiri. Kalau haruan boleh makan anak, ikan keli pun apa kurangnya. Jadi, ini penting untuk menjadi seorang penternak yang berjaya kena rajin-rajinlah buat penggredan. Tidak rugi buat sedikit kerja tapi hasilnya sangat lumayan. Kalau tidak percaya, cubalah buat praktikal sendiri.

O.klah saja untuk tips hari ini. Untuk akan datang saya akan berikan beberapa tips lagi hasil daripada penyelidikan saya sendiri dalam bidang ternakan ikan keli ini.

SELAMAT MENTERNAK IKAN KELI DAN SELAMAT MAJU JAYA.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

TIPS MENJADI PENTERNAK IKAN KELI YANG BERJAYASocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, November 10, 2009

IKAN BERWAJAH MANUSIA

Aneh, kisah ini berlaku di Chongju, sebuah kota kecil terletak di Provinsi Chungcheong, Korea Selatan. Kejadian ini berlaku apabila 2 ekor ikan yang dipelihara oleh seorang lelaki berumur 64 tahun bertukar berwajah manusia. Ikan tersebut sudah dipeliharanya sejak 1986.


“Ikan saya semakin mirip manusia beberapa tahun belakangan,” kata lelaki tersebut yang  tidak mau disebutkan namanya, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Inggris The Telegraph.

Terdapat dua ekor ikan berwajah manusia di kolamnya. Sayang, keduanya sama-sama betina sehingga tidak mungkin mengawinkan mereka untuk mendapatkan keturunan aneh berikutnya. Jadi, tak semua orang percaya dengan keberadaan ikan berwajah manusia tersebut, salah satunya adalah Mike Guerin, seorang pemerhati ikan. Dalam laman webnya www.thejump.net, Guerin meragukan keaslian foto ikan berwajah manusia tersebut.

Menurutnya, cerita mengenai ikan berwajah manusia telah menjadi perbincangan hangat di internet beberapa waktu belakangan. Tak jarang perbincangan dan berita tentang ikan tersebut disertai judul yang dicetak besar dan tebal "Ditemukan, Ikan Berwajah Manusia".

____________________________________________________________

* Harap-harap tidak adalah ikan keli yang akan berwajah manusia, eh seramnyer... camner nak makan ...he he he.. gurau ja







Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN BERWAJAH MANUSIASocialTwist Tell-a-Friend

Friday, November 6, 2009

IKAN KELI MERAWAT TENAGA SEKS (TENAGA BATIN) UNTUK LELAKI



WOW !! Bukan saja enak dimakan, rupa-rupanya ikan keli mengandungi rahsia yang unik iaitu dapat menguatkan kembali tenaga batin lelaki. Ini bagus bagi mereka yang sudah berumahtangga. Hubungan suami isteri sangat penting demi menjalinkan hubungan yang lebih akrab demi membentuk keluarga bahagia.

Ikan keli ini memang unik. Otot-ototnya yang kuat dengan daya loncatannya tinggi, gagah mengharungi anak-anak sungai berlumpur serta tahan pada persekitaran yang keruh mungkin ini yang menyebabkan ikan keli ini mengandungi unsur-unsur perubatan yang tersembunyi. Selain itu, ianya juga mampu menyembuhkan luka-luka dengan cepat, termasuk mereka yang menghidap kudis.

Boleh ditambahkan kepada peluang perniagaan, bermula dari anak benih kepada nilai perubatan. Mungkin suatu hari nanti ada pihak yang akan mengkaji khasiat ikan keli ini secara mendalam, manalah tahu dengan teknologi kita pada masa ini akan wujudlah pati ikan keli atau kapsul kuat ikan keli (cadangan bisnes). Ataupun akan keluarlah kosmetik-kosmetik yang berasaskan ikan keli. Wow !! betapa berharganya ikan keli ni, suatu hari nanti naiklah harga ikan ni, insya Allah.





Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN KELI MERAWAT TENAGA SEKS (TENAGA BATIN) UNTUK LELAKISocialTwist Tell-a-Friend

Monday, November 2, 2009

ADA SESIAPA YANG PELIHARA IKAN KELI LIMBAT?



kan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

Saya nak dapatkan anak benihnya, sila hubungi saya En. Man: 019-8428689











Baca Selanjutnya.. (Read More)

ADA SESIAPA YANG PELIHARA IKAN KELI LIMBAT?SocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, October 31, 2009

Makanan Ikan: Apa yang dimaksudkan dengan 'STARTER', 'GROWER' dan 'FINISHER'

Makanan yang di hadam terutama protein walaupun telah di serap kedalam saluran darah tidak akan menjadi zat sepenuh nya kepada ikan.Acid amino yang di serap, boleh terus di guna untuk membina tisu tisu baru dalam badan ikan, tetapi jika amino acid ini untuk di oksidise kepada tenaga, proses deamination (memecahkan kumpulan acid amino) perlu di lakukan dahulu, yang mana tindak balas ini perlu kepada pengunaan tenaga dan oksigen.Proses ini yang di kenali specific dynamic action (SDA) boleh di ukur secara luaran dengan kadar oksigen menurun yang mendadak sejurus selepas di beri makan dan di ikuti dengan peningkatan kadar ammonia di dalam sistem ternakan ini.

Peratus amino acid yang di deamination ini bergantung kepada makanan dan keadaan ikan ikan ini.

Dalam habitat asal bagi semua jenis ikan ,makanan adalah berfungsi untuk tiga peringkat, pertama ,survival,kedua untuk pembesaran dan ketiga untuk pembiakan.

Dari segi pertumbuhan dan pembesaran adalah sekata , tapi tidak kepada metabolisma.Kadar metabolisma semasa kecil adalah tinggi dan beransur ansur kurang bila mana ikan ikan ini membesar.

Pada peringkat pertama anak anak ikan yang menetas survival adalah utama.Kebanyakan anak anak ikan makan makanan yang ’banyak’*.Kebanyakan makanan yang di ambil di metabolikan kepada tenaga berbanding dengan pembesaran, kerana anak anak ikan ini perlu aktif untuk mengelak daripada pemangsa atau untuk mencari makanan.Skala 3 di guna untuk mengukur kadar metabolisma makanan kepada tenaga, semasa anak anak ikan ini masih kecil.

Bila mana anak anak ikan ini telah membesar sedikit pengunaan makanan yang di metabolik kepada tenaga berkurangan,makanan banyak di metabolik kepada pembinaan tisu dll.Skala metabolisma kepada tenaga berkurangan kepada 2.

Setelah ikan ikan ini membesar ikan ikan ini semakin kurang aktif dan tumpuan kepada pembesaran dan pembiakan .Skala metabolisma kepada tenaga adalah 1.

Teknik pemakanan ini di kenali sebagai 3,2,1. Kebanyakan jenis ikan banyak mengunakan protin berbanding dengan kabohydrat atau lemak untuk di sintesis kepada tenaga. Jika makanan yang di beri itu pada kadar protin yang sama pada ketiga tiga peringkat ini.FCR mungkin jadi FCR 3 semasa kecil,FCR 2 bila besar sedikit dan FCR 1 bila telah besar.FCR yang tinggi semasa kecil adalah kerana protin banyak di sintesis kepada tenaga kemudian berkurangan bila mana ikan ikan ini telah membesar.Protin yang boleh di hadam juga bergantung kepada jenis ikan sama ada dari sumber protin tumbuhan atau protin binatang.

Dari segi pengurusan untuk menjadi kan FCR ini sekata sepanjang tempoh penternakan ini, makanan di bahagi kan kepada 3 bahagian ia itu starter,grower dan finisher.Yang mana starter adalah makanan yang mengandungi protin tertinggi di ikuti dengan grower dan terendah sekali adalah finisher.

Dari segi kos pula sebenar nya apa yang di bayar adalah kandungan protin yang ada dalam makanan itu.Makin tinggi protin makin mahal lah makanan ini dan sebalik nya.


Masalah utama dalam teknik pemakanan ini ialah bila masa yang sepatut nya menukar jenis makanan ini.Jika grower di beri terlalu awal di peringkat starter akan meningkatkan FCR di akhir ternakan ini.Begitu juga jika starter masih lagi di guna,sedang kan sepatut nya makanan grower di beri, akan menyebabkan ikan ikan membesar dengan tidak sekata,walaupun FCR akan menjadi rendah ,kos starter lebih mahal dari grower.

Kadar metabolisma juga tidak sekata bagi semua ikan dalam satu satu penternakan itu,selain dari itu sudah menjadi hukum alam dalam habitat asal lagi ,tidak semua ikan ikan ini membesar ,setengah nya memang di tetaskan untuk menjadi makanan yang lain yang mana telah di program kan sejak awal lagi di dalam DNA ikan ikan ini.Ini sebagai menjamin suvival bagi menghalang kepupusan spesis ini.Grading dan melupuskan anak anak ikan yang terbantut di peringkat hatchery lagi,adalah jalan terbaik bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan FCR.







* Dalam habitat asal ,keperluan makanan adalah sukar, walau pun anak anak ikan ini makan tanpa henti ,kesukaran mendapat makanan memberi ruang masa untuk penghadaman dan pesekitaran ekologi yang seimbang.Tetapi bagi sistem penternakan yang tertutup memberi makan banyak boleh memudaratkan ikan.Amalan yang biasa di buat ialah dengan memberi pada kadar yang sedikit tapi kerap memberi makan contoh nya 8 hingga 10 kali sehari





    



Baca Selanjutnya.. (Read More)

Makanan Ikan: Apa yang dimaksudkan dengan 'STARTER', 'GROWER' dan 'FINISHER'SocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, October 29, 2009

KELI DARI KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKAN

Mengecewakan, inilah masalahnya apabila kita terlalu membiarkan penternak yang tidak beretika dan yang hanya ingin mengaut keuntungan duit semata-mata tanpa menghiraukan halal haram dan tidak menghormati masyarakat di negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam menguasai pasaran. Bukan sahaja produk yang dikeluarkan itu tidak berkualiti, kotor dan sebagainya malahan merosakkan harga pasaran ikan keli kerana secara tidak langsung mereka sewenang-wenangnya menjatuhkan harga ikan tersebut hingga ke paras yang paling minima. Apa tidaknya, keli yang mereka ternak tidak menggunakan kos, hanya memakan buangan dari binatang haram ia sudah cukup untuk membesar dan dijual. Akibatnya, pengguna sendiri. Pada pendapat saya, mungkin bukan sahaja dari segi haramnya, juga yang membimbangkan kesan kotoran tersebut mungkin akan membawa penyakit yang merbahaya pada masa panjang. Diharap hal ini dipandang serius oleh pihak kerajaan dan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar etika.

Berikut adalah petikan yang diambil dari Kosmo:
KELI YANG DITERNAK DARI AIR SISA KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKAN

KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang 
didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan 
tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara
automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan
yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air
tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak,
maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu
adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang
pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan
dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah
dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam
seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan
keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil
hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut
dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan
ikan-ikan tersebut," tegas beliau.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

KELI DARI KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKANSocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, October 21, 2009

DUYUNG MATI TERDAMPAR DI PULAU BALAMBANGAN KUDAT DI SABAH, BENARKAH?

Macam-macam cerita aneh yang kita dengar akhir-akhir ini. Dalam sibuk-sibuk ternak ikan keli terdengar pula ada duyung telah terdampar di pulau Balambangan di Kudat, Sabah. Kononnya duyung tersebut terdampar selepas ribut baru-baru ini. Sejauh mana kebenarannya, kita kena siasat dululah. Harap-harap duyung tu 'body' nya tiadalah macam ikan keli.. he...he  .



Ini petikan berita dari The Star Online
Klik untuk berita

Published: Wednesday October 7, 2009 MYT 7:16:00 PM

 ‘Dead mermaid’ hoax spreads like wildfire

By MUGUNTAN VANAR

KOTA KINABALU: Talk of a dead “mermaid” found on the beach of an island off Sabah’s northern Kudat district is spreading like wildfire among people in the state.
The talk was further reinforced by a short video clip of the purported mermaid lying dead on the shores of the island.
The clip has been on YouTube under the heading “Dead mermaid at Balambangan island” since Oct 3, but tales of the mysterious find had begun much earlier.
“It is a hoax, someone is playing the fool,” Kudat police chief Deputy Supt Dawi Ossen said when contacted on Wednesday.
He said they too had got wind of such talk spreading around Kudat town earlier this week, and had checked with the villagers of Pulau Balambangan where the “mermaid” was found.
“There was no such thing; neither had any body been washed ashore,” he said, explaining that the video clip did not show the island’s surroundings as claimed.
Dawi added that a resort operator there had told police nothing unusual had been found on the island in recent weeks.
“I hope people don’t get taken in by the video clip, it is totally baseless. Most likely, it’s someone playing a trick,” he added.
Initially when the rumours spread, police assumed that a human body had been found on the island.
They were prompted to check the rumours because of concern that people might not have reported finding a dead body.

--------------------------------------------------------------------

Kalau betul benda ni tentu tulangnya kena simpan  dalam muzium negeri Sabah  bersama dengan rambut-rambutnya sekali





Baca Selanjutnya.. (Read More)

DUYUNG MATI TERDAMPAR DI PULAU BALAMBANGAN KUDAT DI SABAH, BENARKAH?SocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, October 3, 2009

MENGATASI MASALAH TERNAKAN IKAN KELI












Masalah yang perlu diberi perhatian di dalam penternakan ikan keli dalam kolam simen adalah spt. Berikut :

1. Kedalaman air yang sesuai : jangan benarkan ikan keli anda berkumpul sehingga menjadi bola / bulatan / berhimpun berlapis - lapis. Jika ini terjadi bermakna air kolam terlalu banyak / dalam dan perlu dibuang sehingga ikan tersebut bersurai ( 2-3 lapis sahaja ).
2. Ikan keli yang kelihatan menegak dengan misai terjurai dipermukaan air menandakan terdapat masalah. Cuba periksa pH air kolam dan suhu air ternakan.
3. Petua orang dahulu dengan meletakkan batang betik di dalam kolam ternakan boleh diamalkan ( tanpa paksaan ) untuk mengelakkan penyakit.
4. Ikan keli terutamanya peringkat 1 – 30 hari adalah haiwan yang malas kerana sanggup mati daripada berulang alik dari dasar ke permukaan air untuk bernafas ( mendapatkan oksigen / udara segar ) oleh itu pastikan paras air di kolam anda adalah sesuai.
5. Jika cuaca panas terik, lindung ternakan anda menggunakan pelepah kelapa, potongan pvc paip, kotak2 plastik di dasar kolam ataupun menggunakan jaring hitam / black netting di permukaan ban kolam.
6. Ambil perhatian sekiranya anda menggunakan jaring hitam / black netting, pastikan udara / angin masih boleh melalui permukaan kolam bertujuan untuk penyingkiran gas ammonia yang terhasil daripada sisa pellet, makanan, dan bahan buangan ternakan ( tinja ikan keli ).
7. Kutip sisa makanan, pellet yang tidak habis untuk menggelakkan penguraian ammonia kerana ammonia amat larut di dalam air. Ini akan menjejaskan ternakan anda dan meningkatkan kadar % kematian ikan keli.
8. Jangan beri makan pada waktu mendung dan hujan.
9. Ikan keli yang agresif dan mempunyai saiz yang besar perlulah dikeluarkan daripada kolam ternakan.
10. Tips untuk melihat jumlah ikan keli anda, lihatlah pada waktu malam menggunakan lampu suluh kerana ikan keli tidur dipermukaan kolam. ( matanya akan bersilau warna merah sekiranya disuluh lampu ).
11. Pemangsa ikan keli anda adalah biawak, burung hantu, raja udang, ular, memerang, kucing, dan yang paling bahaya sekali adalah penyamun tarbus ( buat keje malam-malam)







Baca Selanjutnya.. (Read More)

MENGATASI MASALAH TERNAKAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Friday, September 25, 2009

Ciri-Ciri Kematangan Induk Keli

Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut :

















a. Induk Jantan
* Badan memanjang tidak gemuk
* 'Genital Papila' kelihatan pejal
* Tidak cacat
* Berusia 4 bulan dan keatas
* Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina


* Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
* 'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
* Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit


* Berusia 6 bulan dan keatas
* Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
* Berat badan 600gm dan keatas













sumber: Pengeluaran benih ikan keli afrika (clarias spp), Jab Pertanian Sarawak




Baca Selanjutnya.. (Read More)

Ciri-Ciri Kematangan Induk KeliSocialTwist Tell-a-Friend

Serunding keli ke pasaran antarabangsa

Serunding keli ke pasaran antarabangsa
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR (dipetik dari Utusan Malaysia Online)

SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.

Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.
Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.

''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).

Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.

''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.

Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.

''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.

''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.

Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Serunding keli ke pasaran antarabangsaSocialTwist Tell-a-Friend

5 KEKUATAN MENUJU KEJAYAAN

Sebagai penternak, kita perlu ada 5 kekuatan ini untuk menjadi penternak yang berjaya. (5 kekuatan menuju kejayaan -Irfan Khairi)


1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu
Rajinlah mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang
Banyak berfikir dan mencari peluang. Fikirkanlah beberapa idea perniagaan setiap hari.

4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep.

5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…









Baca Selanjutnya.. (Read More)

5 KEKUATAN MENUJU KEJAYAANSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, September 20, 2009

20 Amalan Di Murahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh
menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan
pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si
hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa
bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa
lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)
hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa
yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w.
juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala,
at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan
sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya. " (Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki
dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan
menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
(SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah (SWT) akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT)
buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya." (Riwayat
ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan
doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan
dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman
Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim
dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT).
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan
Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali
Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan
dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca "Ya Allah (SWT) ya Fattah" berulang-ulang, diiringi
doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak
tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak
anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang
baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi
baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah
(SWT). Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)
mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri "jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan
ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya. 

SELAMAT BERAMAL, SEMOGA BISNES KITA SEMUA SEMAKIN MAJU - AMIN





Baca Selanjutnya.. (Read More)

20 Amalan Di Murahkan RezekiSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...