Sunday, March 4, 2012

BISNES BENIH KELI

Permintaan benih keli  senantiasa tidak mencukupi. Ini yang selalu dihadapi oleh pembekal-pembekal benih keli. Oleh itu bekalan benih keli ini terlalu kritikal. Ini merupakan peluang yang boleh direbut bagi mereka yang berminat untuk membekalkan benih ikan keli. Harga yang lumayan. Bayangkan harga benih yang mencecah 2o sen seekor yang baru berumur hampir 1 bulan dibekalkan sehingga 50 ribu ekor sebulan. Ini bermakna dapat wang masuk sebanyak Rm10,000 sebulan. Itu baru jual benih saja. Belum masuk jual induk, keli matang, makanan anak benih, kolam kanvas dan peralatan pembenihan. Lumayan, memang lumayan. Buat kerja dekat rumah sudah dapat lebih Rm10,000 sebulan. Tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas. Tidak ada bos yang akan memarahi anda kerana lambat ‘punch card’. Semuanya diuruskan oleh anda sendiri dengan beberapa pembantu di suasana selesa tepi rumah anda.

Namun, bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini secara serius, perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pembenihan. Pembelajaran dengan hanya melalui buku sahaja, saya rasa belum mencukupi melainkan ada mentor turunkan ilmu depan mata anda dengan pengalaman dan teknik yang betul. Ramai yang sudah mencuba untuk menceburi bidang menghasilkan benih keli, namun agak kecewa dan kecundang di pertengahan jalan. Secara jujur saya kongsikan dengan tuan-tuan, cabaran yang utama yang ditempuh ialah teknik membesarkan benih keli sehingga ia berumur hampir sebulan untuk dijual. Rata-rata rakan ternak yang menghubungi saya mengatakan, anak benih tiba-tiba mati selepas seminggu. Sayangnya teknik menternak anak benih jarang diajarkan pada kebanyakkan kursus.

Prihatin dengan masalah itu, saya menawarkan perkhidmatan kepada rakan-rakan ternak terutama di pantai barat Sabah yang menghadapi masalah anak benih atau ingin menceburi pembenihan ikan keli, anda boleh menghubungi saya (019 8428689 SMS ja- en. man) untuk datang ke tempat anda mengajarkan anda teknik yang betul dalam menghasilkan anak benih, teknik membesarkan anak benih sehingga anda boleh jual anak benih anda. Harga perkhidmatan yang ditawarkan amat berbaloi, iaitu sebanayk Rm300 – rm450 mengikut jarak. Teknik pembenihan secara praktikal ditunjukkan di depan anda secara santai. Pendekatan dengan cara begini amat berkesan berbanding kursus yang formal. Sebelum praktikal pembenihan dijalankan, anda hanya perlu menyediakan induk dan kolam penetasan sahaja. Lain-lain kami akan uruskan.

Technorati Tags:

BISNES BENIH KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...