LAZIMnya ada 3 kelompok yang biasa menyerang ikan keli, iaitu bakteria jahat, kulat dan parasit. Kebiasaan penyakit ini menyerang apabila kita tidak menyelenggara air ternakan kita atau sumber air yang datang dari sumber atau kawasan yang berpenyakit atau tidak sihat. Namun, penyakit yang datang dari tumbuhan yang kita kutip tepi jalan dan simpan dalam kolam pun sering berlaku, contoh seperti kiambang. Oleh itu, tumbuhan-tumbuhan air ini perlu dikuarantin terlebih dahulu sebelum menyimpan di dalam kolam anda.
Di sini saya akan kongsikan anda sejenis penyakit berpunca dari parasit yang menyerang ikan keli. Iaitu ‘white spot’ atau bintik putih. Penyakit ini pernah menyerang anak ikan keli saya 2 tahun yang lalu. Ianya berpunca daripada tumbuhan yang saya kutip sembarangan di tepi jalan dan menyimpannya di dalam kolam tanpa meng’kuarantin’nya terlebih dahulu. Main hantam ja..eh..eh.
PENYAKIT BINTIK PUTIH (WHITE SPOT)
Penyakit ini akan menyerang ikan keli secara perlahan. Penyakit ini berpunca oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Ichtyophtirius multifilis yang berbentuk seperti bebenang. Tanda-tanda serangan parasit ini ialah timbulnya bintik putih pada kulit, sirip dan insang. Gerakan ikan menjadi lambat dan lazimnya ikan akan stress dan menegak di tepi-tepi kolam. Kebiasaanya, bagi ikan yang masih aktif, ikan akan nampak bergerak tidak keruan seperti menggesel-geselkan badan di dasar kolam. Jika ini berlaku, pisahkan ikan yang terkena penyakit dan keringkan air kolam, biarkan kering di bawah cahaya matahari selama beberapa hari untuk membunuh parasit ini.
0 comments:
Post a Comment