Thursday, March 1, 2012

PUNCA AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUK

PERKARA ini sering berlaku adalah disebabkan kurangnya oksigen dalam kolam ikan keli. Perlu diingat, ikan keli akan sentiasa mengeluarkan bahan buangan melalui saluran najis dan insang berupa ammonia. Selain itu, sisa makanan yang tidak habis dimakan pun adalah penyebab utama lambakan ammonia NH3. Apabila semakin meningkatnya lambakan sisa, maka semakin tinggilah kadar ammonianya dan menyebabkan bau busuk berlaku. Apa yang seharusnya berlaku, ammonia ini perlu dihurai dan dipecahkan. Penghuraian ini akan mengeluarkan gas karbondioksida dan nitr0gen  yang akan dilepaskan ke udara dan juga akan diserap oleh fitoplanton. Penghuraian ini dilakukan oleh beberapa bakteria penghurai aerob dan anaerob. Oleh itu, kumpulan bakteria ini perlu mencukupi untuk peroses pereputan dan penghuraian. Namun salah satu syarat yang perlu ialah kandungan oksigen dalam kolam perlu ditingkatkan. Oksigen bukan saja diperlukan oleh ikan, malahan ianya sangat diperlukan oleh bakteria, zooplanktoon dan fitoplankton. Kekurangan oksigen akan menganggu kitaran kehidupan di dalam kolam ikan.

Bagaimana memperolehi oksigen?

Peranan matahari sangat diperlukan dalam menghasilkan oksigen. Fitoplankton akan melakukan proses fotosintesis di siang hari untuk membekalkan oksigen terlarut yang tinggi, walaupun proses ini terhenti pada waktu malam. Selain itu, haba daripada matahari akan mengaktifkan zarah-zarah air sehingga mudah melepaskan oksigen, mudah disedut oleh ikan, bakteria, fitoplankton dan zooplankton. Walaupun kadar oksigen pada air sejuk adalah tinggi tetapi kadar pelepasannya sangat rendah kerana suhu yang sejuk tidak mengaktifkan zarah-zarah air. Oleh itu, pada air yang suhunya rendah, air mudah berbau busuk kerana penghuraian ammonia agak lambat dan ikan akan merasa lemas, kurang nafsu makan dan kadar pembesarannya yang terganggu. Proses ini terlalu saintifik untuk diterangkan satu-satu, namun untuk penternak ikan keli, cukuplah kita ketahui secara ringkas betapa pentingnya cahaya matahari dalam  peroses mewujudkan oksigen dalam air. Jika kolam ternakan ikan anda di kawasan yang kurang cahaya matahari, dalam bangunan dan sebagainya, bantuan pengudaraan amat penting. Penggunaan E.M (Efektif Mikrob atau kumpulan bakteria baik) sangat penting berfungsi melakukan penghuraian melalui penapaian bukan melalui pembusukan. Bakteria penghurai melalui peroses pembusukan akan mengundang patogen (kuman) menyebabkan alam sekitar tidak sihat.

PUNCA AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUKSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...