Thursday, March 8, 2012

KELI PENCEN

ISTILAH ini lebih saya gunakan untuk keli saya yang sudah tua, kira pencen sudah dari pembiakan. Biasanya keli betina. Biasanya ikan keli ini sudah mencecah berat lebih 3 kg.

keli pencen

Lazimnya, keli yang sudah mencecah 3 kg ke  atas, potensi untuk mengeluarkan telur yang banyak dan berkualiti amat kurang. Kalau kita guna juga untuk induk tujuan pembiakan, kos agak tinggi kerana penggunaan hormon yang lebih, manakala telur yang dikeluarkan juga kurang. Saya pernah mencuba buat pembenihanikan keli pencen seberat hampir 3kg, apa yang berlaku, hormon saya dah habis banyak (betina + jantan) 2 ml lebih, TAPI telur hanyak sikit saja dan yang sedihnya kurang dari 20% ja yang jadi. Tapi ikan keli yang berat 700 gram ke atas cukup bagus dan mempunyai telur yang banyak dan peratus penetasan yang tinggi.

Okey, macamana kita mau uruskan ikan keli yang sudah berumur ini:

1. Kurangkan jumlahnya, biarkan dalam 1 kolam besar.

2. Kurangkan makannya, sebab bagi makan banyak pun tak guna juga. Tinggi kos nanti. Bagi pelet guna finisher, cukup sekadar makan ja.

3. Proses ikan pencen. Buatkan bebola ikan atau kek ikan kalau anda ada kemahirannya. Kalau saya, buat keropok. Dapat juga hasilnya.

4. pelihara seperti biasa, kekadang ada juga pelanggan yang memang cari ikan keli yang besar-besar. pengalaman saya, semasa tahun baru cina. Kalau ada pelanggan tetap yang memang cari saiz besar itu bonus bagi anda.

5. Jadikan keli hiasan untuk menarik minat pengunjung. ‘Siok’ juga tengok ikan besar-besar ni, lagi besar lagi bagus. Cuma dia kurang agresif. Maklumlah dah tua.

6. Buatkan ikan keli untuk pertandingan, kadang-kadang Jabatan Perikanan ada buat pertandingan ikan keli besar. Cuma tahun lepas saya tidak nampak. Harap-harap tahun ni dicadangkan.

7. Mungkin banyak lagi anda punya idea. Cuma , untuk jadikan induk memang tidak sesuai.

Technorati Tags:

KELI PENCENSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...