SUDAH masuk bulan ke tiga tahun 2012, macamana perkembangan bisnes keli tuan-tuan? Saya harap bisnes keli anda akan terus sukses dan pendapatan bertambah. Seperti yang kita ketahui sepanjang tahun yang lalu ramai juga yang telah berjaya menjadi usahawan ikan keli. Rahsianya, semakin lama kita bertapak dalam bisnes ini semakin ramai pelanggan akan kenal kita dan sudah tentunya semakin banyak wang masuk. Rahsianya, bagi yang inginkan bisnes ikan keli ini berjaya pertama sekali kena bertahan. Pelanggan akan melihat kesungguhan kita dalam bisnes ini. Manakala penternak yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ akan sentiasa kerugian, modal pun hangus, pengalaman sudah tentu tiada. Bisnes ikan keli perlukan masa dan kesabaran anda. Jika anda mempunyai kesungguhan untuk jadi usahawan yang berjaya, sudah tentu anda akan berjaya. Bagi mereka yang bertahan dalam bisnes ini saya ucapkan tahniah, teruskan usaha dan kembangkan bisnes anda sehingga anda bergelar usahawan keli jutawan suatu hari nanti. Kalau sudah berjaya, ramaikanlah rakan ternak, semakin ramai komuniti dalam bisnes keli, semakin banyak peluang dan anda akan terus berjaya. Kongsikan kejayaan dan kongsikan kekayaan.
Thursday, March 1, 2012
BISNES KELI
Technorati Tags: bisnes keli
Posted by RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah at 7:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment