Saturday, March 3, 2012

PENTERNAKAN IKAN KELI

PENTERNAKAN IKAN KELI di Malaysai bukan sesuatu yang baru. Ia sudah dimulakan 20 tahun yang lalu. Namun usaha yang dilakukan 20 tahun yang lalu kurang rancak kerana mungkin disebabkan pendedahan yang kurang dan permintaan terhadap ikan air tawar pada masa itu masih belum popular. Waktu itu, kebanyakkan pembekalan ikan air tawar seperti ikan keli banyak dimonopoli oleh orang Cina. Sehingga sekarang pun industri akuakultur seperti ternakan ikan hiasan masih di pelopori oleh kaum Cina. Tetapi bermula di tahun 2000, sudah mula penternak-penternak melayu berminat untuk mengembangkan industri ikan air tawar terutama ikan keli ini. Seiring dengan pertumbuhan perniagaan gerai makan hingga restoran yang menghidangkan menu ikan keli, permintaan ikan keli yang menggalakkan menyebabkan harganya semakin baik merupakan faktor yang dapat menarik minat penternak muda khusus terlibat dalam industri ini. Tahniah juga diucapkan kepada pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perikanan yang senantiasa menggalakan perkembangan industri ini. Ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh golongan muda terutama mereka yang berminat terhadap industri akuakultur air tawar.

Penternakan ikan keli merupakan satu sumber ekonomi di samping dapat memenuhi bekalan ikan negara. Usaha ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perbelanjaan negara dalam mengimport ikan dari luar. Apa-apa pun, penternakan ikan adalah merupakan salah satu pilihan sumber pendapatan yang boleh diceburi. Bagi mereka yang tinggal di luar bandar, mempunyai kawasan atau tanah yang luas, kenapa tidak mencuba untuk memajukan industri ini selain daripada hasil pertanian yang lain berbanding hanya membiarkan tanah di belakang rumah kita terbiar ditumbuhi semak-samun dihuni ular dan monyet.

kolam kanvas ikan keli

Technorati Tags:

PENTERNAKAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...