NEGERI Sabah hampir di kelilingi oleh laut. Dan sudah semestinya kaya dengan hasil laut. kalau begitu, di mana nak bekalkan ikan keli? Kalau manusia yang diciptakan Tuhan hanya wajib makan ikan laut, kenapa ada ikan darat (air tawar)? Sudah semestinya ikan keli ada penggemarnya. Rasanya unik, tidak sama ikan laut.
Satu tinjauan secara rambang di tamu-tamu sekitar pantai Barat Sabah daripada peniaga-peniaga ikan mendapati bahawa ikan air tawar yang hidup lebih laris daripada ikan laut yang mati disimpan dalam tong ais. Secara pandangan mata kasar, yang mana satu lebih segar? Yang hidup atau yang mati walaupun ikan yang mati itu baru ditangkap 1 – 2 jam. Pilihan kesegaran yang pertama adalah yang hidup. Tinjauan itu juga mendapati ramai penggemar ikan air tawar terutama ikan keli di Sabah. Para peminat ikan air tawar rata-rata menyatakan bahawa membeli ikan hidup lebih selamat berbanding ikan laut yang di ais kerana ada segelintir prai ikan laut mengawet ikan dengan bahan awet sehingga nampak segar, walhal ikan itu telah di tangkap seminggu yang lalu. Risiko memakan ikan laut yang diawet dengan bahan awet terdedah dengan penyakit barah.
Pendapat yang lain menyatakan bahawa memakan ikan air tawar yang hidup lebih selamat berbanding makan ayam dan daging yang tinggi kolestrol. Dan rata-rata juga menyatakan bahawa isi ikan air tawar seperti ikan keli lebih sedap kalau dipanggang atau masak kari.
Pendapat saya ialah, permintaan terhadap ikan keli di sabah tetap tinggi. Buktinya, bekalan kami sentiasa tidak mencukupi. Pendapat yang kedua, bekalan ikan laut di Sabah sentiasa juga tidak mencukupi, walhal manusia makan ikan hari-hari.
Salah satu petua untuk mendapatkan jualan ikan keli yang laris di pasaran Sabah, jangan jual ikan keli yang terlalu besar, ramai penduduk Sabah tidak menggemari saiz ikan keli yang terlalu besar, cukup sebesar-besar keli kampung (berat 160g) kira ok lah tu. Ini kerana menjual ikan keli yang terlalu besar, kira ‘konfom’ orang takut nak beli. Kalau mau jual ikan keli yang besar, jualkan saja sebagai induk. Yang kedua, ikan keli yang disalai atau dimasak lebih laris berbanding jual ikan keli hidup, sebab ramai penggemar keli yang saya jumpa, menggemari ikan ini TAPI tak gemar untuk menyiangnya. Kena banyak pendekatan dalam menjual ikan keli ini, baru ok.
Saya pun sekarang ni sedang mencari rakan bisnes (JV) khusus untuk pasaran Sabah untuk buka gerai / restoran ikan keli, cadangan menu ikan keli panggang, keli gorang berlada dan sebagainya. Kalau ada yang berminat untuk buka di Kota Kinabalu atau kawasan Beaufort, boleh hubungi saya (admin kelisabah).
5 comments:
Sy berminat untuk ternakan air tawar macam ni tp xtau mana nak mula. . Sy tgh cari kursus dalam bidang ni mana. . Lau ada kursus tlng hubungi sy. . Sy nak join. . 0195364713
Saye Ade membekalkan benih keli Dan tilapia..area sabah. Berminat boleh whatsapp terus 0189669744
Saye Ade membekalkan benih keli Dan tilapia..area sabah. Berminat boleh whatsapp terus 0189669744
Assalamualaikum saya berminat jadi rakan kongsi.. Kawasan Beaufort
Slm saya ada menjual ikan keli. Hubungi sy 014 2776838 jasni bin rahmat. Dari kg biah keningau sabah.
Post a Comment