Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi. Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan. Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan. Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia. Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen. Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya. Jika di Indonesia terkenal dengan resepi ‘pecel lele’ (lele = ikan keli *panggilan Indonesia), di Malaysia amat terkenal dengan keli salai masak lemak berlada dan goreng berlada. Pendek kata, apa saja jenis masakan untuk ikan keli ini semuanya sedap dimakan. Ikan keli ini mempunyai khasiat yang tersendiri antaranya mengandungi asid Omega yang tinggi baik untuk kesihatan jantung, memgandungi DHA yang tinggi baik untuk kesihatan otak dan perkembangan kanak-kanak dan sebagainya. Oleh itu, jika ditinjau perjalanannya lebih 20 tahun, permintaan ikan keli akan terus meningkat sejajar dengan perkembangan manusia.
KLASIFIKASI DAN CIRI MORFOLOGI
Ikan keli hibrid clarias gariepinus jantan dan betina
Ikan keli hibrid clarias gariepinus diklasifikasikan seperti berikut:
Ordo : Ostariophysi
Subordo : Silaroidae
Family : Clariidae
Genus : Clarias
Spesies : Clarias gariepinus
Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:
Suhu minima 20 darjah celsius, suhu maksima 31 darjah celsius, kesesuaian 24 – 28 darjah celsius. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbondioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm. PH berkisdar antara 6.5 hingga 8.
0 comments:
Post a Comment