Penyelenggaraan Benih
Pindahkan anak ikan yang cepat membesar ke satu kolam. Kumpulkan dengan saiz yang seragam. Pastikan tiada anak ikan yang besar tertinggal dalam kolam anak ikan yang maasih kecil.
Waktu yang sesuai untuk memindah
Paling sesuai ialah pada awal pagi atau selepas jam 3 petang. Ini kerana anak ikan cepat mengalami tekanan pada suhu panas. Elakkan memindah anak ikan waktu tengahari.
Makanan anak ikan keli
Beri makan anak ikan dengan makanan yang lembut seperti pelet yang telah dikisar halus. Pastikan jangan memberi makan anak ikan secara berlebihan. Ini akan menambah mendapan sisa makanan ke dasar kolam. Pemberian makanan 2 kali sehari sudah memadai.
Penuaian anak ikan
Bagi mereka yang terlibat dengan penjualan anak benih, pastikan anak ikan disauk lebih awal, dikumpul dengan saiz yang seragam dan pastikan tiada kecederaan sewaktu mengira anak ikan. Penggunakan sauk tangan amat digalakkan untuk menangkap anak ikan.
Penyakit anak benih
Perlu diingat anak ikan akan sentiasa makan dan terus makan. kebiasaannya masalah perut kembung sering berlaku terutama pada hari ke 5 , 6 dan ke 7. Biarkan anak ikan yang kembung perut terapung, jangan diusik. Pastikan air kolam sentiasa bersih dan tidak berbau. Masalah serius yang dihadapi oleh penternak ialah keracunan air yang disebabkan oleh sisa makanan. Kawal suhu air dan PH. Pastikan sisa makanan tidak berlebihan.
0 comments:
Post a Comment