Ikan keli (catfish) memang tidak asing lagi di Malaysia. Rasanya yang sangat sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri. Ikan keli jenis afrika hasil kacukan keli taiwan adalah sejenis ikan keli hibrid (clarias gariepinus) yang sudah diperkenalkan seluruh asia termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di negara-negara asean adalah sejenis ikan yang cepat membesar. Tempoh penternakan yang sangat pendek serta pengawasan yang sederhana, tidak hairanlah bahawa ikan keli jenis ini menjadi pilihan penternak.
Permintaan ikan keli di pasaran terutama dari pengusaha-pengusaha restoran menyebabkan bekalannya pada ketika ini tidak mencukupi. Bagi mereka yang meminati akuakultur air tawar, inilah peluang yang perlu direbut. Ini seiring dengan peningkatan manusia di muka bumi ini.
Ikan paya yang tidak banyak ragam ini menjadikan kolam kanvas sesuai untuknya setelah beberapa percubaan telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu di negara seperti Indonesia akhirnya penggunaan kolam kanvas diguna pakai sebagai media alternatif pengganti kolam konkrit dan kolam tanah. Kebaikan media plastik ini dapat mengurangkan banyak kos, seperti kos pembinaan kolam dan sebagainya. Inilah kelebihan 'sang janggut' air tawar ini.
Terpampang peluang perniagaan yang boleh diwujudkan pada industri ini, maka wujudlah pencetus-pencetus idea dan pemain-pemain industri terlibat merebut keuntungan dari ternakan ikan keli. Di sana-sini kursus-kursus cara menternak ikan keli diadakan. Dengan penggunaan kaedah teknologi penetasan telur menggunakan aruhan dan sebagainya maka tersedialah lebih banyak bekalan benih kepada para pengusaha.
Di samping itu, pihak kerajaan juga sering mengalu-alukan keusahawanan ikan keli kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang air tawar ini. Setiap tahun begitu banyak kursus yang telah diadakan demi memberi pengetahuan tentang ikan keli kepada para penternak.
Pendek kaya, ikan keli adalah satu bidang yang senang diceburi dan mudah untuk diusahakan. Dengan modal pengetahuan, kesungguhan, kecekalan maka tidak hairanlah ramai penternak yang telah berjaya. Walaupun masih ramai juga yang kecundang. Untuk berjaya buangkan lah sifat cepat kaya kerana tiada jalan singkat di dunia ini untuk berjaya melainkan terpaksa melalui proses usaha yang penuh dengan ujian.
Selamat menternak dan selamat maju jaya.
Powered by Qumana
0 comments:
Post a Comment