Thursday, February 2, 2012

Tips hari ini: Ikan Keli Perlu PUASA

SEPERTI KEADAANNYA MANUSIA, ikan keli juga perlu dipuasakan sekurang-kurangnya 1 kali dalam seminggu.


Puasa?


Ya, perlu puasa. Apa kesannya terhadap ikan keli? Jimat makanan ...eh eh.. gurau ja. Sebenarnya dengan memberikan ia satu hari rehat atau pada masa-masa tertentu menjarakkan kekerapan ikan keli makan akan menambah selera ikan dan memberi sedikit ketahanan serta penghasilan isi ikan yang lebih baik. Seperti yang saya terangkan pada post semalam tentang tips paras air kolam, saya ada menyentuh tentang FCR. Perlu diingat, perut ikan bukanlah seperti belon. Sebanyak mana udara diisi, sebesar itu belon mengembang. Jangan marah ! ya, bukan seperti belon. keadaan pembesaran ikan dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya faktor keselesaan ikan itu sendiri. Dengan cara menjadikan tempat lingkungan itu selesa, subur, sudah cukup mempengaruhi ikan tersebut seperti semulajadi. Ikan perlu gembira dan mesti dihalang daripada stress. Stress bagi ikan boleh menganggu tabiat makan dan membantutkan pembesarannya. Kesan stress atau tekanan pada ikan akan menyebabkan ikan anda mengurus, sakit, lemah dan mati. Oleh itu, pengawalan terhadap lingkungan air kolam hendaklah memenuhi syarat-syarat air kolam (akan kita bincang pada tips akan datang) . Ini kerana perlu kita akui bahawa 100% kehidupan ikan keli berada dalam air. Seperti manusia, mungkin akan merasa tertekan kalau hidup di kawasan udara kotor, tercemar dan beracun.


Kita sentuh semula pasal memberi makan  ikan keli. Beberapa penemuan telah saya buat sepanjang menternak keli lebih 3 tahun dan hasil penemuan itu menunujukkan bahawa dengan memberi puasa sehari dalam seminggu atau menjarakkan kekerapan makan akan menambah selera makan ikan keli serta menjadikan ikan lebih sihat dan cergas. Macam saintis juga saya ni kan... bolehlah..eh eh


Anda setuju?


Cuba dan lihat hasilnya. Antara kebaikannya ialah:


1. Kadar FCR diturunkan, bemakna kuantiti makanan dikurangkan


2. Kos makan dapat dijimatkan


3. Kekerapan memberi makan dapat dikurangkan


4. Isi ikan lebih baik, kurang berlemak dan lebih pejal


5. Ikan lebih berselera, sihat secara semulajadi.


Selamat menetrnak !!




Powered by Qumana


Tips hari ini: Ikan Keli Perlu PUASASocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...