TERNAK IKAN PUYU. Sambil ternak ikan keli, jangan lupa untuk ternak ikan puyu. Bukan saja rasanya enak, harga ikan ini juga mahal di pasaran. Harga boleh mencecah Rm18 hingga Rm25 sekilogram mengikut saiz.
Ikan puyu sangat senang untuk diternak kerana mempunyai ketahanan dalam lingkungan air yang agak ekstrem. Ikan ini juga boleh dikatakan cepat membesar dan mudah untuk dibiakkan
Cara menternaknya juga lebih kurang seperti menternak ikan keli. Air ternakan tidak perlu dalam, cukup paras 1 hingga 2 kaki saja sudah memadai.
Ikan puyu memerlukan makanan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan mampu mencapai tahap matang 4 – 6 bulan bergantung tahap kesuburan air.
Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih.
Selamat menternak.
0 comments:
Post a Comment