Sunday, February 19, 2012

IKAN KELI DAN LUMPUR

Aku masih teringat lagi guruku yang telah membawa aku ke dunia ternakan ikan keli, katanya “ikan keli dan lumpur tak dapat dipisahkan”. Macam lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, “irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan rosaklah lagu”. Aku cuba memahami dan mula mengkaji. memang betul, ikan keli dan lumpur tak dapat dipisahkan.

Adakah anda faham apa yang saya maksudkan?

Kebenaran fakta pertama

Habitat ikan keli memang di kawasan berlumpur, cetek dan berkelodak. Makanan utamanya ialah fitoplankton, zooplankton serta anak-anak ikan dan udang-udang yang kecil. Ikan ini memang tahan pada kawasan yang penuh lumpur kerana ia memiliki sistem pernafasan tambahan yang dipanggil aborescent atau juga dikenali dengan labyrinth. Kedudukannya betul-betul di atas kepala. Itu sebabnya kalau tuan-tuan mahu membunuh ikan ini dengan lebih cepat, maka pukullah di kepalanya. Sistem pernafasan tambahan inilah yang membuatkan ikan keli dapat bernafas secara langsung walaupun di kawasan yang kurangnya oksigen. Hebat dan memang hebat. Alat ini juga yang memungkinkan ikan keli dapat bertahan lama di daratan asalkan udara di sekitarnya memiliki kelembapan yang cukup. Tapi ikan keli bukan ikan dua alam, jangan salah tafsir.

Kebenaran  fakta kedua

Ikan keli memang suka menyedut bentos dan lumpur sebagai makanan tambahan. Reka bentuk badan ikan keli memang dicipta oleh Tuhan sebagai ikan yang merayap di dasar. Ikan ini suka menyedut lumut-lumut dan bahan-bahan reput sebab ikan ini bersifat karnivora iaitu ikan pemakan segala.  Itu sebabnya lumpur adalah sangat sesuai untuknya. Secara ringkasnya, kawasan berlumpur mengandugi banyak makanan untuk ikan keli. Kedua-dua patil kiri dan kanannya juga adalah sebagai alat bergerak ketika ikan ini berada di kawasan tidak berair atau tersangat cetek.

* apa itu bentos, nanti saya akan terangkan pada post yang akan datang

Kebenaran fakta ketiga

Ikan keli termasuk dalam golongan haiwan nocturnal iaitu haiwan yang sangat aktif pada kegelapan iaitu pada waktu malam. Sifat inilah yang menyebabkan ikan keli lebih menggemari kawasan gelap dan terlindung. Air yang jernih menyebabkan ikan ini rasa malu untuk menjamah makanan dan sentiasa takut-takut serta terkejut. Jadi, itulah juga sebabnya ikan ini suka berlindung di kawasan berlumpur yang keruh kerana ia rasa lebih selesa di kawasan air yang berlumpur dan keruh.

 

Okey, cukup dulu, nanti kita sambung. Selamat mempraktikkan.

Technorati Tags:

IKAN KELI DAN LUMPURSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...