Tuesday, February 28, 2012

PENTERNAK KELI DI SABAH MOHON PERHATIAN KERAJAAN

SEPERTI mana-mana penternak keli di Semananjung Malaysia , penternak-penternak keli di Sabah sudah tiba masanya harus diberi perhatian terutama dari segi bantuan modal agar penternak di Sabah dapat merasai nikmat kejayaan. Kebanyakkan penternak ikan keli di Sabah menghadapi masalah modal kerana disebabkan kos ternakan ikan di Sabah agak tinggi. Ramai penternak di Sabah sangat meminati ternakan ikan keli, namun kekurangan modal untuk menampung kos kolam, makanan dan lain-lain peralatan maka ada sesetengah penternak terpaksa memendam niat untuk memulakan projek ikan keli. Kami di Sabah terpaksa menaikkan harga benih ikan keli dan keli matang atas sebab kos penternakan yang tinggi. Kebanyakkan penternak di Sabah memulakan projek atas modal sendiri.

Perkembangan permintaan ikan keli di Sabah pada masa ini semakin meningkat. Kebanyakkan permintaan restoran di Sabah tidak dapat dipenuhi atas sebab bekalan ikan keli yang kurang. Mengikut tinjauan yang kami lakukan sendiri mendapati kebanyakkan penternak di Sabah hanya memulakan ternakan secara kecil-kecilan kerana kekurangan modal dan ternyata ramai penternak ikan keli di Sabah amat memerlukan bantuan modal.

Inilah antara penyebab kenapa perkembangan industri ikan keli di Sabah agak lambat. Kami di Sabah sentiasa memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan meminta kerajaan memandang serius dan perhatian yang sewajarnya. Kami melihat industri ikan keli ini antara industri yang boleh menyumbang peningkatan ekonomi khususnya penduduk luar bandar di Sabah selain tanaman kelapa sawit.

PENTERNAK KELI DI SABAH MOHON PERHATIAN KERAJAANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...